Unit Jagaan Luka
Pengenalan
Unit Jagaan Luka, Hospital Sultan Abdul Halim dibangunkan pada tahun 2016 dan telah berfungsi secara rasmi pada 15 Mei 2016, bertempat di Hospital Sungai Petani. Unit ini berfungsi sebagai pusat penjagaan luka di hospital yang memberikan perkhidmatan pesakit luar. Secara umumnya penubuhan Unit Jagaan Luka bertujuan untuk meningkatkan kualiti penjagaan luka dengan pencapaian keberhasilan rawatan yang lebih berkesan yang berlandaskan garispanduan dan protokol saintifik.
Objektif
Perkhidmatan Yang Disediakan

- Menyediakan perkhidmatan penjagaan pemeriksaan dan rawatan perubatan yang efisien, tepat dan berkesan kearah mengawal serta merawat penyakit agar individu dan masyarakat beroleh kesembuhan yang maksima bagi menjalani kehidupan yang selesa lagi produktif.
- Memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat agar mereka menghargai kesihatan sebagai asset yang bernilai dengan meningkatkan status kesihatan yang optima.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Berfungsi sebagai klinik pesakit luar untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan luka kepada pesakit-pesakit yang dirujuk dari fasiliti kesihatan kerajaan.
- Unit ini bertanggungjawab menyelaras dan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan seperti latihan anggota.
- Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan waris.
- Melakukan perawatan luka secara individu dan terancang.
- Membuat kajian dan penyelidikan untuk peningkatan kualiti.
- Memberi latihan penjagaan luka kepada anggota kesihatan.