Unit Sumber Manusia
Pengenalan
Unit Sumber Manusia melaksanakan aktiviti melibatkan urusan Perkhidmatan, Perjawatan, Tatatertib, Latihan dan HRMIS ( Human Resource Management Information System). Unit ini bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Pengurusan Sumber Manusia jabatan agar lebih komprehensif dan bersepadu kepada semua anggota. Unit ini juga bertanggungjawab dalam mengaplikasikan arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa selari dengan usaha dan matlamat dalam pengurusan sumber manusia bagi mencapai wawasan kerajaan.
- Menentukan Pengurusan Sumber Manusia berjalan dengan cekap dan teratur dari segi perkhidmatan dan semua rekod kerajaan serta rekod peribadi kakitangan diselenggara dengan sempurna mengikut peraturan-peraturan berkuatkuasa
- Menyelaras permohonan penambahan perjawatan berdasarkan arahan yang berkuatkuasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia / Jabatan Kesihataan Negeri Kedah bagi memastikan keperluan organisasi berada pada tahap optimum serta mengurus pengisian jawatan mengikut perjawatan yang diluluskan dengan mengambil kira beban tugas semasadan sasaran kerja yang ditetapkan
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Pengurusan Perlantikan Dan Penamatan
- Pengurusan Kenaikan Pangkat
- Pengurusan Latihan
- Pengurusan Tatatertib
- Pengurusan Cuti Dan Elaun
- Pengurusan Perjawatan Dan HRMIS