Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial

Pengenalan
Jabatan ini terdiri dari dua unit kepakaran, iaitu unit Bedah Mulut & Maksilofasial dan unit Patologi Mulut & Perubatan Mulut. Manakala Jabatan Pergigian Pediatrik dari Hospital Kulim akan mengadakan lawatan berkala sekali sebulan. Perkhidmatan Bedah Mulut dan Maksilofasial merangkumi rawatan trauma, patologi dan penyakit berkaitan mulut dan maksilofasial secara pembedahan. Perubatan mulut melibatkan perawatan kes-kes berkaitan penyakit mulut secara farmakoterapi. Perkhidmatan Patologi Mulut pula melibatkan perkhidmatan kaji penyakit berkaitan mulut.


Objektif
Meningkatkan mutu rawatan dan perkhidmatan Bedah Mulut dan Maksilofasial dan Patologi Mulut & Perubatan Mulut melalui perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan yang cekap dan berkesan.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Rawatan Pembedahan
  • Rawatan Pesakit Dalam
  • Rawatan Pesakit Luar

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my