Jabatan Otorinolaringologi

Pengenalan
Jabatan Otorinolaringologi (ORL) adalah merupakan salah satu jabatan klinikal di bawah Direktorat Perkhidmatan Pembedahan dan Kecemasan di Hospital Sultan Abdul Halim. Jabatan ini berada di aras 3, Kompleks Klinik Pakar Hospital Sultan Abdul Halim dan perkhidmatan merangkumi Klinik Pakar ORL yang menyediakan rawatan pesakit luar dan kecemasan untuk kes-kes yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak serta pesakit dalaman yang ditempatkan di Wad Kenanga 4.

Jabatan ORL juga mempunyaI 2 unit lain yang berganding bahu menyediakan perkhidmatan kepada semua pesakit iaitu Unit Audiologi dan Unit Terapi Pertuturan dan Bahasa. Unit-unit ini
terlibat secara langsung dalam memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit yang hadir ke Klinik Pakar ORL. Selain itu, Jabatan ORL HSAH juga menjadi sumber rujukan bagi hospital di bawah Hospital Kluster Kedah Tengah (HOKTEN) iaitu Hospital Yan dan Sik serta dari klinik-klinik dari dari daerah - daerah tersebut. 


Objektif
  • Memastikan perkhidmatan Jabatan ORL mencapai piawaian yang sentiasa mesra pelanggan dan bergerak secara komprehensif dan kolektif dalam mencapai kecemerlangan.
  • Membudayakan sikap amalan penyayang , kerja berpasukan dan profesionalisme.
  • Penambahbaikan berterusan dengan penekanan kepada tugas klinikal dan pendidikan berterusan.
  • Berusaha dari masa ke semasa memperkasa dan membaiki mutu perkhidmatan Jabatan ORL.
  • Menitiberatkan aspek-aspek berikut di dalam perkhidmatan yang disediakan iaitu kuratif, preventif, promotif dan rehabilitasi yang berkesan supaya masyarakat setempat mendapat perkhidmatan yang sewajarnya.

Perkhidmatan yand disediakan
  • Klinik Pesakit Luar ORL Am
  • Klinik Alergik
  • Klinik OSA
  • Klinik Kanser Kepala & Leher
  • Klinik Vestibular and Balance
  • Klinik Trakeostomi
  • Klinik Koklea Implan dan Rehabilitasi Aural
  • Rawatan dan Pemeriksaan Ujian Penelanan
  • Klinik BSER (Brainstem Evoked Respone)
  • Klinik Audiologi dan Terapi Pertuturan

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my