Jabatan Ortopedik
Pengenalan
Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Abdul Halim terdiri daripada Klinik Pakar Ortopedik, Wad Lelaki Ortopedik (Wad Kenanga 5) dan Wad Perempuan Ortopedik (Wad Kenanga 6). Perkhidmatan diberikan merangkumi pesakit di sekitar Daerah Kuala Muda dan daerah-daerah yang berhampiran dengannya. Program Networking dengan Hospital Yan dan Hospital Sik (Kluster Hospital) serta Hospital Sungai Petani (Hospital Lama) dijalankan bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dan juga mementingkan perkhidmatan yang berkualiti serta selamat supaya pesakit mendapat kepuasan yang maksima dari perkhidmatan yang telah diberikan.
Objektif
Perkhidmatan Yang Disediakan

- Menyediakan perkhidmatan diagnostik, pengurusan rawatan dan rehabilitasi yang terbaik kepada pesakit yang mengalami kecederaan dan penyakit yang berhubung dengan sistem musculoskeletal dan organ mobilisasi.
- Memberi latihan di dalam bidang ortopedik, trauma dan rehabilitasi kepada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan kakitangan lain.
- Menggalakkan aktiviti yang berkaitan dengan Research and Development di kalangan kakitangan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit dalam dan pesakit luar serta kes-kes yang dirujuk dari hospital dan institusi-institusi lain.
- Menjalankan pembedahan elektif dan trauma termasuk pembedahan joint replacement (Total Knee Replacment & Total Hip Replacment), tulang belakang (spine operation), kes arthoscopy (ACL & PCL), pembedahan untuk pediatrik, pemasangan illizarov bone transport and lengthening dan lain-lain.