Unit Perolehan & Pembangunan

Pengenalan
Unit ini bertanggungjawab dalam merangka, mengesahakan dan mentadbir urusan perolehan dan kerja-kerja pembangunan (Sebut Harga / Tender) bagi skop berkaitan dalam memastikan kelancaran pengoperasian Hospital berjalan lancar sejajar dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. Urusan hal ehwal perolehan dilaksanakan bersandarkan 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) dan juga tatacara kewangan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan perancangan yang cekap dan berintegriti dipraktikan sepenuhnya di Jabatan. Unit ini turut mengendalikan perancangan pembangunan meliputi aspek kemudahan serta infrastruktur agar perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti, berkesan dan berjaya mencapai ekspektasi masyarakat.


Objektif

  • Menyelia semua proses perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja agar pelaksanaan berintegriti berlandaskan peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa
  • Merancang proses pembangunan serta menyelaraskan projek-projek pembangunan di Hospital Sultan Abdul Halim agar tahap keselesaan dan suasana kondusif dapat direalisasikan bagi pelanggan dalaman dan masyarakat
  • Memastikan dasar perolehan di Hospital Sultan Abdul Halim adalah selari dengan dasar Kerajaan dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan kelas pertama kepada masyakarat dan disokong dengan perkembangan teknologi maklumat

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Menyelaraskan Perancangan Perolehan Tahunan bagi keseluruhan Jabatan di HSAH
  • Menguruskan Kontrak bagi kes rujukan pesakit di bawah Perkhidmatan Penyumberluaran (Outsourcing)
  • Menyediakan Inden Kerja berkaitan kerja-kerja Pembangunan sepertimana yang telah diluluskan
  • Menyelaraskan Perolehan Peralatan Perubatan di bawah butiran BP00300 dan BP01100 mengikut kelulusan yang diterima

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my