Unit Pendidikan Kesihatan
Pengenalan
Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) adalah satu unit di bawah perkhidmatan sokongan bukan klinikal. Berfungsi untuk menggalakkan masyarakat untuk menghargai kesihatan mereka sebagai satu aset yang bernilai melalui aktiviti promosi kesihatan yang dijalankan. Unit ini menyelaras, melaksana dan turut membantu jabatan atau unit lain melakukan aktiviti promosi kesihatan kepada warga kerja hospital dan pelawat dari semasa ke semasa.
Secara amnya unit ini menjadi pelengkap untuk membantu mendidik pesakit, keluarga serta orang awam bagi memahami masalah kesihatan dan meningkatkan pengetahuan terhadap pencegahan penyakit secara umum.
Objektif
Untuk memperkasakan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang spesifik bagi membolehkan mereka menguruskan diri ke arah peningkatan kualiti hidup yang lebih baik.
- Perkhidmatan kepada pesakit & kakitangan hospital
- Menerbit & mengedar media pendidikan kesihatan,konvensional & media sosial (FB,Tik Tok)
- Pusat latihan pendidikan seperti mengadakan program, kursus,taklimat & bengkel
- Menjalankan aktiviti promosi kesihatan termasuk sambutan hari-hari khas
- Aktiviti pendidikan pesakit - Diabetes,Hipertensi & Renal
- Peminjaman bahan & kelengkapan pameran serta alat pandang dengar
- Pengendalian Auditorium, Dewan Mawar & Bilik Seminar
- Program Pengurusan Berat Badan (IFITER)