Jabatan Dietetik Dan Sajian

Pengenalan
Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang penting dalam pengurusan rawatan pesakit di hospital. Jabatan ini berperanan untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional dan berkualiti dengan mengutamakan pelanggan. Bagi mencapai objektif tersebut, operasi jabatan ini dibahagikan kepada Perkhidmatan Sajian yang berfungsi untuk menjalankan proses penerimaan bekalan bahan mentah, penyimpanan, penyediaan makanan, penghidangan secara berpusat (centralised plating) dan pembersihan peralatan. Perkhidmatan Dietetik akan diberikan kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang memerlukan intervensi pemakanan.


Objektif
Memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional dan berkualiti dengan mengutamakan pelanggan. 


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Perkhidmatan Dietetik
    • Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy diberikan kepada pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan. Perkhidmatan dijalankan setiap hari bekerja sepanjang tahun melalui Nutrition Care Process yang meliputi Nutrition Assessment, Nutrition Diagnosis, Nutrition Intervention dan Nutrition Evaluation and Monitoring. Bagi kes pesakit dalam yang dirujuk, perkhidmatan diberikan di wad berkenaan.
    • Perkhidmatan untuk pesakit luar pula diberikan melalui sistem temujanji dan dijalankan di Klinik Diet. Di samping itu, Perkhidmatan Dietetik ke Hospital Yan dan Hospital Sik dijalankan secara lawatan berkala setiap bulan.
  • Perkhidmatan Makanan
    • Operasi perkhidmatan makanan dijalankan setiap hari sepanjang tahun, meliputi diet normal dan terapeutik bagi semua pesakit di wad, rawatan harian dan pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis. Selain itu makanan juga disediakan untuk ibu yang menemani anak di wad (Mother Accompany Child), doktor yang bertugas atas panggilan serta petugas di Dewan Bedah meliputi pegawai perubatan dan paramedik.
    • Proses penyediaan makanan bermula dari pembelian bahan mentah sehingga penghidangan makanan dengan pematuhan kepada amalan Good Manufacturing Practices (GMP) dan mendapat pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP).
    • Jabatan telah berjaya memperbaharui sijil HALAL pada November 2024 untuk 3 tahun sehingga November 2029 bagi memastikan kualiti makanan yang dihidangkan lebih terjamin dari sumber yang halal dan toyyib iaitu bersih, berkhasiat, selamat, dan tidak memudaratkan.

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my