Clinical Research Centre

Pengenalan

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani ialah salah satu daripada 37 cawangan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di bawah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Kesihatan Negara (NIH). CRC HSAH menerima kelulusan secara rasmi penubuhan pada 28 Ogos 2014 dan telah beroperasi secara rasminya pada tahun 2015.

 

Objektif

Menyediakan sokongan komprehensif dari segi teknikal, fasiliti, dan pentadbiran untuk memperkasakan penyelidikan klinikal serta inisiatif penyelidik.

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Menyediakan pangkalan data bagi para pakar perubatan yang berminat dengan penyelidikan menurut bidang yang diminati, rekod-rekod mengenai Penyelidikan Tajaan Industri (ISR), Penyelidikan Inisiatif Penyelidik (IIR) dan hasil-hasil penerbitan.

  • Mengadakan kursus-kursus seperti Good Clinical Practice (GCP), Research Methodology dan Biostatistics.

  • Untuk membantu pendaftaran protokol penyelidikan di NMRR (National Medical Research Register).

Hakmilik Terpelihara © 2026

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my