Jabatan Patologi

Pengenalan
Jabatan ini merupakan jabatan yang terbesar di bawah Direktorat Diagnostik & Klinikal. Jabatan ini bertanggungjawab dalam menjalankan pelbagai ujian diagnostik serta membekalkan darah yang selamat dan mencukupi untuk rawatan pesakit.

Jabatan ini terdiri daripada enam disiplin perkhidmatan makmal iaitu Patologi Kimia, Mikrobiologi, Hematologi, Histopatologi, Saitologi dan Perubatan Transfusi.


Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik yang efektif, efisien dan komprehensif merangkumi khidmat penerangan dan khidmat nasihat penjagaan kesihatan.
  • Memastikan skop, standard dan kemampuan perkhidmatan makmal memenuhi kehendak klinikal menggunakan teknologi terkini, berpadanan dan kos- efektif.
  • Menyediakan penyelidikan dan pembaharuan yang relevan.
  • Memberi latihan kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan JuruTeknologi makmal Perubatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Mikrobiologi
    • Bakteriologi, Immunologi, Virologi, Serologi dan Parasitologi
  • Patologi Kimia
    • General Chemistry for blood, urine and body fluids
    • Tumor markers, Hormones, Drugs of Abuse, HbA1C, Blood gases and Osmolality
  • Perubatan Transfusi
    • Bahagian Immunohematologi (ABO and Rh blood grouping, Coomb’s Test, Crossmatching and Antibody Screening, Group Screen and Hold, Antibody Identification, Red Cell Phenotyping, Transfusion Reaction Investigation)
    • Bahagian Pendermaan Darah (Derma Darah Bergerak dan Statik)
  • Hematologi
    • Full Blood Count, Coagulation, Blood Film Examination, Bone Marrow Examination, Hb Analysis, D-Dimer, Fibrinogen, Kleihauer test, G6PD screening test (Fluorescent spot test), Urine Haemosiderin and ESR
  • Histopalogi
    • Routine HPE, special stains, immunohistochemistry (IHC) and Clinical Autopsy
  • Saitologi
    • Gynae cytology (liquid-based &conventional), Non-gynae cytology, FNA with rapid onsite evaluation (ROSE, Semen Analysis, HPV DNA for cervical cancer screening

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my