Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi

Pengenalan
Jabatan Anaestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim adalah merupakan salah satu jabatan utama yang memberi servis klinikal terbesar di hospital ini termasuk pengurusan kawalan. Jabatan ini merupakan tulang belakang yang menerajui kemajuan jabatan-jabatan lain di hospital ini.


Objektif
  • Memastikan tahap keselamatan pesakit semasa dan selepas pembedahan sentiasa terjamin.
  • Memberikan rawatan yang intensif dan optoimum kepada pesakit yang kritikal di ICU.
  • Menyediakan perkhidmatan Rawatan Kesakitan Akut (APS) yang selamat dan berkesan kepada pesakit terutamanya selepas pembedahan.
  • Memastikan taraf kesihatan pesakit yang paling optimum sebelum melakukan pembedahan melalui pengendalian Klinik Anestesia secara efektif.
  • Memastikan pesakit di CCU dan wad lain yang memerlukan rawatan intensif dan bantuan pernafasan mendapat rawatan kepakaran yang berkualiti dan berkesan.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Klinik Anestesia
  • Perkhidmatan anestesia di Dewan Bedah
  • Perkhidmatan anestesia di luar Dewan Bedah (Remote Anaesthesia)
  • Perkhidmatan anestesia untuk bagi pesakit jagaan harian (Day Care Surgery)
  • Perkhidmatan jagaan intensif di ICU
  • Perkhidmatan pengurusan kesakitan (Acute Pain Service-APS) 

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my