Unit Kawalan Infeksi

Pengenalan
Unit Kawalan Infeksi terletak di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Unit ini bernaung di bawah Jawatankuasa Kawalan Jangkitan dan Kawalan Antibiotik (Hospital Infection And Antibiotic Control Committee - HIACC) yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital.


Objektif
Mengawal dan mencegah jangkitan melalui pemantauan dan audit. Memastikan anggota hospital mengamalkan prosedur perawatan mengikut garis panduan kawalan infeksi. Meningkatkan kesedaran melalui pendidikan kesihatan dan latihan berterusan. 


Perkhidmatan Yang Disediakan
Unit ini memberi perkhidmatan sokongan seperti menjadi sumber rujukan dalam kawalan infeksi, menjalankan Surveillance Healthcare Associated Infection (HCAI) MRSAB, Hospital Acquired Covid . Unit ini juga menjalankan audit 5 Moments For Hand Hygiene, mengumpul data-data untuk Point Prevalence Survey, menyelia, memantau dan memberi nasihat kepada semua kakitangan HSAH tentang langkah-langkah kawalan infeksi mengikut Polisi dan Prosedur Kawalan Infeksi.

Ini untuk mengawal dan mencegah HCAI di kalangan pesakit, kakitangan kesihatan dan juga persekitaran. Unit Kawalan Infeksi juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan dan pengawalan wabak serta menjalankan latihan kawalan infeksi yang berterusan kepada semua kakitangan HSAH. Unit Kawalan Infeksi juga menjadi ahli jawatankuasa Antimicrobial Stewardship Programme (AMS).

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my