Unit Pembekalan Bahan Steril

Pengenalan
Unit Perkhidmatan Bahan Steril (CSSU) terletak di aras 4 bersebelahan dengan Dewan Bedah dan Auditorium. Unit ini merupakan unit sokongan klinikal yang bertanggungjawab dalam menyediakan dan membekalkan bahan-bahan steril kepada unit di Hospital Sultan Abdul Halim serta klinik Daerah Kuala Muda mengikut Standard Operating Prosedur yang ditetapkan.


Objektif
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien untuk mencegah dan mengawal jangkitan secara efektif mengikut garis panduan amalan pensterilan yang ditetapkan.


Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Menerima dan mencuci set dan peralatan yang telah diguna pakai daripada Dewan Bedah Utama, Dewan Bedah Bersalin, wad dan klinik di HSAH serta Hospital Sungai Petani.
  • Menyediakan set/alatan untuk disucihama mengikut Standard Operating Prosedur yang ditetapkan.
  • Menjalankan proses pensterilan (dilakukan oleh empat (4) orang Operator Otokleb yang bertugas mengikut giliran).
  • Mengagihkan set/alatan steril kepada semua unit termasuk kepada klinik Daerah Kuala Muda.
  • Menyediakan dan membekal keperluan soft goods seperti gauzes, swabs dan lain-lain untuk kegunaan Dewan Bedah Utama dan Dewan Bedah Bersalin, wad dan klinik di Hospital Sultan Abdul Halim dan juga Hospital Sungai Petani.
  • Memberi perkhidmatan pensterilan kepada klinik di Daerah Kuala Muda.
  • Beroperasi dari hari Ahad hingga Khamis bermula jam 8.00am – 9.00pm. Bagi hari Jumaat dan Sabtu serta Kelepasan Am, unit ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
  • Selain itu staf CSSU juga bertugas atas panggilan sekiranya dipanggil oleh unit yang memerlukan set atau keperluan lain seperti soft goods dan linen.

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my