Unit Kewangan & Hasil
Pengenalan
Unit Kewangan dan Hasil merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab di dalam pengurusan kewangan dan hasil Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Unit ini berfungsi di dalam menguruskan belanjawan hospital, waran peruntukan, pesanan kerajaan, pembayaran bil dan tuntutan, pengurusan gaji serta pungutan hasil dan terimaan bukan hasil di hospital mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
Objektif
- Memastikan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan peraturan dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa
- Memastikan urusan penyediaan baucar bayaran untuk semua perbelanjaan diproses dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima
- Memastikan semua perolehan HSAH diuruskan dengan cekap, telus dan saksama mengikut peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa
- Memastikan urusan yang melibatkan gaji, elaun dan tuntutan pegawai HSAH diproses dengan adil, cekap dan tepat
- Pengurusan Penurunan Kuasa Tugas-tugas Kewangan
- Mengurus pembayaran bil kepada pembekal dan tuntutan kakitangan hospital (Elaun Lebih Masa, Oncall, TNT, Elaun Covid dan Elaun PICK
- Mengurus pelbagai tuntutan bayaran balik (bil telefon, pembelian telefon, APC, One Off, Bantuan Elaun Kasut, Bantuan Upah Jahit dan lain-lain)
- Mengurus perolehan bekalan & perkhidmatan item selain ubat dan bukan ubat
- Mengurus proses gaji, elaun-elaun dan potongan kakitangan
- Mengurus permohonan peruntukan dan bayaran bantuan pengurusan jenazah, ganjaran dan tuntutan insurans ke luar negara
- Mengurus permohonan tuntutan alat pesara dan bantuan perubatan kakitangan
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun
Unit Hasil
Objektif
- Memberi perkhidmatan kaunter yang berkualiti dan memenuhi Piagam Pelanggan
- Menyelenggara sistem perakaunan kutipan hasil yang teratur mengikut peraturan yang berkuatkuasa
- Memastikan semua penyata perakaunan hasil, laporan hasil dan amanah dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara Cawangan Negeri Kedah mengikut masa yang ditetapkan
- Meningkatkan kutipan hasil tahunan hospital, mengurangkan tunggakan, memberi pengecualian bil serta memproses hapus kira bil yang mempunyai tunggakan
- Mengutip sumber hasil melalui Akta Fee 1951- Perintah Fee (Perubatan) 1982, deposit, cagaran dan pelbagai hasil selaras dengan peraturan semasa
- Menguruskan pendaftaran kemasukan pesakit ke wad dan pesakit luar
- Memastikan bil-bil rawatan dikeluarkan pada hari yang sama pesakit discaj dari wad
- Menguruskan pesakit yang keluar dan discaj dari wad, memastikan bil rawatan dijelaskan dan mengambil tindakan susulan apabila bil tidak di bayar
- Mengutip hasil hospital melalui bayaran deposit, bayaran wad, bayaran perkhidmatan kenderaan jenazah serta hasil pelbagai
- Menghantar surat-surat peringatan bagi bil-bil tertunggak kepada orang awam, kakitangan kerajaan dan lain-lain agensi yang ada surat jaminan
- Menguruskan pembayaran Laporan Perubatan kepada Pegawai Perubatan/Pakar
- Menguruskan pelbagai tuntutan bayaran balik deposit