Unit Psikologi dan Kaunseling

Pengenalan
Unit Psikologi Kaunseling (Pengurusan), (UPsiK) merupakan unit sokongan di bawah pentadbiran bahagian pengurusan. Unit ini bertanggungjawab memberi perkhidmatan psikologi kaunseling dari segi merancang, melaksana dan menyelaraskan aktiviti atau program berkaitan bidang psikologi kaunseling kepada kakitangan hospital selaras dengan keperluan dan objektif perkhidmatan yang ditawarkan. Lokasi unit berada di aras 3 dan berhampiran dengan Klinik Sejahtera. 


Objektif
Membantu meningkatkan tahap kesejahteraan kesihatan mental, emosi dan tingkah laku kakitangan hospital yang memerlukan dengan memberikan perkhidmatan psikologi kaunseling.


Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Menjalankan intervensi psikologi kaunseling (individu, kelompok, keluarga, perkahwinan dan kerjaya)
  • Mengadakan program psikopendidikan/ ceramah mengikut permintaan dan keperluan 
  • Mengadakan program intervensi dan pembangunan personal kepada staf hospital
  • Memberi bimbingan/ konsultansi kepada kakitangan hospital yang memerlukan
  • Menjalankan ujian psikologi kepada staf hospital berdasarkan permintaan dan keperluan

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my