Unit Hemodialisis

Pengenalan
Unit Hemodialisis adalah satu unit di bawah Jabatan Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) yang merupakan sebahagian fasiliti kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Daerah Kuala Muda serta berperanan sebagai hospital rujukan untuk perkhidmatan sekunder dari hospital lain seperti Hospital Yan dan Hospital Sik.

Unit Hemodialisis Hospital Sultan Abdul Halim sentiasa komited dalam berusaha memberikan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pesakit. Selaras dengan komitmen tersebut, visi, misi dan nilai-nilai hospital ini mengambil kira hak-hak pesakit dan keluarga mereka semasa memberi perawatan kepada pesakit.


Objektif
  • Memastikan setiap pesakit menjalani rawatan hemodialisis 4 jam setiap sesi sebanyak 3 kali seminggu.
  • Memberikan pendidikan kesihatan secara berterusan bagi meningkatkan tahap kesihatan pesakit. 

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Rawatan hemodialisis untuk pesakit Negatif Hepatitis di Bangunan HDU Cempakasari dan Bangunan HDU Baru.
  • Rawatan hemodialisis untuk pesakit Hepatitis B dan Hepatitis C di Bangunan HDU Lama.
  • Rawatan hemodialisis untuk pesakit akut di Wad Kenanga 7.
  • Rawatan hemodialisis akut untuk pesakit di Wad ICU/CCU dan kes positif covid-19.
  • Pada tahun 2022 , terdapat lima (5) perkhidmatan berkaitan dengan Nefrologi yang diadakan di Hospital Sultan Abdul Halim iaitu Klinik CKD, Klinik Transplant, Klinik Glomerulor, Klinik Hemodialisis dan Klinik Peritoneal Dialysis.

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my