Unit Fisioterapi

Pengenalan
Unit Fisioterapi Hospital Sultan Abdul Halim terletak di tingkat 2 di Jabatan Rehabilitasi bersebelahan dengan NICU. Perkhidmatan fisioterapi memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah curative, rehabilitative, promotive dan preventive untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan. Perkhidmatan fisioterapi diberikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi) dan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi).


Objektif
  • Menyediakan dan memberikan perkhidmatan fisioterapi yang komprehensif, cekap dan terbukti berkesan dengan penggunaan amalan yang berdasarkan Evidence Based Practice.
  • Menyediakan program rehabilitasi yang bersesuaian dengan kondisi pesakit dengan menggunakan teknologi terkini dan kemahiran tinggi untuk mencapai tahap pemulihan yang optima dan tahap berdikari yang tinggi.
  • Memperkembangkan perkhidmatan fisioterapi di semua disiplin dan menjangkau ke semua kelompok masyarakat bagi memastikan kesihatan yang lebih berkualiti.
  • Menggalakkan pembabitan pesakit, keluarga dan waris dalam proses rawatan melalui pendidikan kesihatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Perkhidmatan Fisioterapi Pesakit Dalam Wad
    Memberi rawatan fisioterapi untuk semua pesakit di wad yang dirujuk dari berbagai disiplin:
    • Perubatan Am
    • Pembedahan Am
    • Orthopedik
    • Paediatrik
    • Unit Rawaran Rapi Dewasa (ICU danCCU)
    • Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak
    • Obstetrik & Ginekologi
    • Jabatan Kecemasan
    • Psikiatri
    • Disiplin lain-lain seperti Otolaringologi, Nefrologi, dan Pergigian.
  • Perkhidmatan Fisioterapi Pesakit Luar
    Memberi rawatan fisioterapi untuk pesakit yang dirujuk dari Hospital Sultan Abdul Halim, hospital kerajaan dan swasta, Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta. Perkhidmatan fisioterapi pesakit luar meliputi bidang-bidang berikut: 
    • Muskuloskeletal
    • Neurologi Dewasa
    • Kardio-respiratori
    • Neurologi Paediatrik
    • Kecederaan sukan
    • Kesihatan wanita (Pelvic Floor Rehabilitation)
    • Geriatrik
    • Vestibular rehabilitation
    • Lymphoedema
    • Phototherapy
    • Pengurusan Berat Badan dan Obesiti
    • Pemulihan untuk kes-kes decontioning selepas keluar wad
  • Perkhidmatan lain-lain
    • Promosi kesihatan melalui program ceramah dan senaman mengenai perawatan dan pencegahan kes-kes berkaitan fisioterapi seperti penjagaan postur, ergonomik, pencegahan sakit anggota badan dan pengurusan berat badan/obesiti.
    • Latihan klinikal pelajar fisioterapi peringkat diploma dan ijazah.
    • Program peringkat hospital dan anjuran jabatan/unit lain seperti Pain Free Hospital, Acute Stroke Team dan Program mengurangkan berat badan.

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my