Unit Pemulihan Carakerja
Pengenalan
Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja merupakan salah satu rawatan pemulihan untuk membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian yang optima dalam kehidupan harian, pekerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian. Unit Pemulihan Cara Kerja, Hospital Sultan Abdul Halim terletak di Aras 2, berhampiran Wad NICU & Kafetaria.
Objektif
Memberikan rawatan Pemulihan Carakerja kepada semua pesakit yang dirujuk supaya pesakit dapat kembali berdikari dalam melakukan aktiviti harian (ADL & IADL), aktiviti riadah dan kembali bekerja atau bersekolah.
- Pemulihan Ortopedik (membekalkan static splint/dynamic splint mengikut preskripsi dan latihan kefungsian tangan dan anggota atas).
- Pemulihan Pediatrik (merangkumi kes-kes medikal dan kes-kes Child Psychiatry, juga melakukan lawatan ke sekolah-sekolah pendidikan khas).
- Pemulihan Strok dan Kes Medikal (merangkumi rawatan awal pemulihan, strok, kelas penjagaan pesakit strok/medikal untuk pesakit dan penjaga, latihan ADL & IADL dan aktiviti domestik).
- Pemulihan Psikiatri & Kesihatan Mental (merangkumi aktiviti pemulihan in-house programme dan Supported Employment Programme).
- Pemulihan Neurosurgikal dan luka kebakaran/melecur (merangkumi kes-kes kecederaan otak, pemberian pressure garments kepada pesakit dan sebagainya).
- Low Vision Rehabilitation & Cochlear Implant Rehabilitation.
- Penilaian Pra-Pemanduan bagi Permohonan Lesen OKU.