Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Pengenalan
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) merupakan salah satu unit yang ditubuhkan di Hospital Sultan Abdul Halim pada tahun 2016 selaras dengan arahan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Seksyen 30) dan Akta FMA (Factory Machinery Act). Unit ini bertanggungjawab untuk pemantauan, pemeriksaan, penyiasatan, dan memberikan cadangan penambahbaikan terhadap keselamatan, kesihatan, dan kebajikan kakitangan dan individu di dalam bangunan dan kawasan hospital ini.Unit ini juga bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti atau program yang sesuai dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Unit ini mempunyai 3 komponen skop utama tugas, iaitu;
  • Keselamatan Pekerjaan
  • Kesihatan Pekerjaan
  • Kesihatan Persekitaran (Kesihatan Awam)

Objektif
Mempromosikan dan mengekalkan keadaan fizikal, mental dan sosial ke tahap yang tertinggi serta memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin. 


Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Memberi perkhidmatan walk in klinik (Klinik Sejahtera ) pada setiap hari bekerja merangkumi kakitangan, pasangan dan anak-anak.
  • Menjalankan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berkala dan tidak berkala.
  • Menjalankan Hazard Identification Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) di kawasan atau proses kerja yang berisiko.
  • Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti latihan dan promosi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Menerima, menjalankan penyiasatan dan menghantar laporan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
  • Bekerjasama dan berkolaborasi dengan pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negeri.
  • Menjalankan program imunisasi (influenza, hepatitis B dan typhiod) dari masa ke semasa (mengikut keperluan dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia).
  • Menjalankan pengawasan kesihatan dan saringan kesihatan (KOSPEN PLUS) ke atas kakitangan HSAH.
  • Memastikan semua kes kekerasan terhadap kakitangan yang berlaku di tempat kerja yang dilaporkan perlu dinotifikasi dan dijalankan siasatan.
  • Menjalankan kawalan penyakit berjangkit dengan memastikan kes penyakit berjangkit diambil tindakan segera dengan memastikan notifikasi dimaklumkan, diinput dan diuruskan dengan kadar segera seperti kehendak yang ditetapkan mengikut Akta Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan.
  • Menjalankan aktiviti kawalan vektor di fasiliti hospital dengan memastikan bebas denggi dan tidak menjadi punca kejadian jangkitan kes dan wabak denggi serta memastikan tiada urungan LILATI di dalam kawasan hospital.
  • Menjalankan aktiviti keselamatan dan kualiti makanan di premis makanan, kafeteria, kiosk dan dapur hospital dan menjalankan persampelan makanan bagi memastikan makanan adalah selamat dan sesuai dimakan kepada anggota hospital & orang awam.
  • Menjalankan contact tracing bagi kakitangan dan pesakit yang positif COVID-19 di hospital.
  • Menjalankan saringan swab PCR bagi kakitangan yang terdedah dengan pesakit atau kakitangan yang positif COVID-19.

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my