Unit Casemix

Pengenalan
Casemix adalah sebuah sistem yang mengkelaskan setiap episod rawatan pesakit di fasiliti kesihatan menurut kumpulan-kumpulan tertentu, dimana setiap kumpulan tersebut mempunyai ciri-ciri klinikal yang sama serta menggunakan sumber-sumber hampir sama. Oleh itu, maklumat Casemix merupakan gabungan maklumat klinikal dan kewangan bagi setiap episod
rawatan pesakit di fasiliti kesihatan. Sistem Casemix ini telah dilaksanakan di Malaysia bermula dari tahun 2010 bertujuan untuk:
  1. Merancang
    • Membantu pembua dasar merancang serta meningkatkan prestasi penyampaian penjagaan kesihatan dengan mengoptimumkan peruntukan, pengurusan sumber dan penjagaan pesakit.
  2. Kualiti
    • Menyediakan maklumat kualiti penjagaan pesakit dan perbelanjaan kesihatan untuk tujuan penyelidikan.
  3. Bajet
    • Hospital mendapat bajet setanding dengan workload yang dilakukan.

Objektif
  • Kesedaran
    • Memberi kesedaran dan pengetahuan Sistem Casemix dan MalaysianDRG kepada semua warga hospital.
  • Rujukan
    • Menjadi rujukan utama di peringkat hospital dalam dokumentasi diagnosis dan prosedur klinikal.
  • Ketepatan ICD-10
    • Memastikan ketepatan dan kesempurnaan dokumentasi diagnosis klinikal dan ketepatan penetapan kod ICD 10.
  • Ketepatan ICD-9CM
    • Memastikan ketepatan dan kesempurnaan dokumentasi prosedur dan ketepatan penetapan kod ICD -9-cm.
  • Kesempurnaan
    • Memastikan ketepatan dan kesempurnaan data klinikal dan kewangan yang dimasukkan ke dalam aplikasi MalaysianDRG.
  • Kualiti
    • Menjana dan menganalisa maklumat klinikal serta kos perawatan pesakit dari aplikasi MalaysianDRG dan menggunakan data tersebut untuk mencapai perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan agihan sumber kesihatan yang telus, efisien dan mampan.
  • Data
    • Menghasilkan data yang bermakna kepada pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan juga pihak pengurusan hospital.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Pengendalian Borang
    • Pengendalian data pesakit (Borang manual PERPD 301 bersama-sama borang kemasukkan pesakit yang lain). 
  • Data Klinikal
    • Menguruskan kemasukan data pesakit dalam ke dalam Sistem Malaysian DRG, memastikan kemasukan data pesakit adalah sempurna, memastikan kemasukan 90 hari pesakit adalah benar, dan memastikan keputusan postmortem dimasukkan mengikut diagnosis yang terbaru.
  • Audit
    • Pengurusan dan penyelarasan aktiviti Audit Dokumentasi Klinikal Diagnosis dan Koding ICD10 peringkat hospital dengan kerjasama Jabatan Rekod Perubatan dan juga audit di semua hospital negeri Kedah. 
  • Latihan MalaysianDRG
    • Menyelaras dan menjalankan latihan yang berkaitan dengan Sistem Casemix.
  • Latihan Kesedaran
    • Memberi latihan kesedaran Sistem Casemix kepada semua kakitangan hospital termasuk data klinikal dan data kewangan. 
  • Severity Of Illness
    • Memantau severity of illness (SOI) setiap jabatan dan hospital.
  • Latihan Dokumentasi
    • Memberi latihan mengenai Ketepatan Diagnosis Utama dan Kesempurnaan Diagnosis Lain kepada semua Pegawai Perubatan Siswazah yang baru daftar ke HSAH, semua pegawai perubatan dan juga semua pegawai perubatan pakar melalui kursus, cme dan juga attachment setiap hari dan mingguan/bulanan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Latihan Peringkat Negeri
    • Menjalankan latihan pengisian data ke dalam Sistem MalaysianDRG kepada hospital di bawah kluster dan juga di peringat negeri Kedah iaitu termasuk HOKKU, HOKTEN, HOKSEL dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
  • Data Kewangan
    • Menyediakan, mengumpulkan, mengunci masuk data kewangan keseluruhan hospital serta menganalisa data kewangan hospital mengikut tahun yang telah ditetapkan oleh IPKKM (Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia) bagi menjana kos seorang pesakit yang dirawat dengan kerjasama Unit Kewangan.
  • Laporan Tahunan
    • Penyediaan laporan casemix tahunan hospital.

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my