Unit Pengambilan Darah Bersepadu
Pengenalan
Unit Pengambilan Darah Bersepadu (UPDB) merupakan salah satu perkhidmatan lanjutan daripada klinik-klinik pakar di Hospital Sultan Abdul Halim yang ditubuhkan untuk membantu dalam pengambilan spesimen darah pesakit mengikut jadual yang ditetapkan.
Unit ini bertujuan mengurangkan waktu menunggu pesakit di klinik-klinik pakar, dan sekaligus mengurangkan kesesakan di klinik-klinik pakar di Hospital Sultan Abdul Halim.
Unit Pengambilan Darah Bersepadu mula berfungsi pada tahun 2018 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dr. Lee Boon Chye pada 3 Oktober 2019. Unit ini diterletak di Hospital Sungai Petani dan memberi perkhidmatan pesakit luar.
Secara umumnya penubuhan Unit Pengambilan Darah Bersepadu bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan Hospital Sultan Abdul Halim dengan memberi kemudahan infrastruktur dan keselesaan kepada pesakit dan ahli keluarga.
Objektif

- Mengurangkan waktu menunggu pesakit di klinik-klinik pakar.
- Mengoptimakan sumber kewangan dan tenaga kerja dengan menubuhkan unit tersendiri bagi pengambilan darah dan spesimen pesakit.
- Menyumbang kepada kepuasan pelanggan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan.
- Memudahkan kemudahcapaian pesakit kepada perkhidmatan dengan kemudahan infrastruktur seperti parkir dan pengangkutan awam.