Jabatan Perubatan

Pengenalan
Seiring dengan pembangunan yang pesat dan cara hidup lebih mencabar, Jabatan Perubatan pada tahun ini terus melangkah dan memperkemaskan perkhidmatan yang sedia ada di dalam mengendalikan rawatan kepakaran perubatan.

Dalam mencapai matlamat penyembuhan pesakit yang optima, perkhidmatan tertumpu kepada pesakit dalam, pesakit luar dan pesakit rawatan harian. Pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran yang tiada di jabatan ini, akan dihantar ke hospital berpakar yang lain.


Objektif
  • Menyediakan perkhidmatan penjagaan pemeriksaan dan rawatan perubatan yang efisien, tepat dan berkesan ke arah mengawal serta merawat penyakit agar individu dan masyarakat beroleh kesembuhan yang maksima bagi menjalani kehidupan yang selesa lagi produktif.
  • Memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat agar mereka menghargai kesihatan sebagai asset yang bernilai dengan meningkatkan status kesihatan yang optima.
  • Menyediakan perkhidmatan kepakaran yang berkualiti dari segi diagnostik dan terapeutik bagi tujuan untuk mencapai rahabilitasi yang optima dalam suasana yang selesa dan menyenangkan mengikut kehendak pelanggan.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Pesakit Dalam
    • Wad Bunga Raya 1 (Multidisiplin)
    • Wad Bunga Raya 2 (Perubatan Lelaki & Perempuan & Denggi/ Rheumatology)
    • Wad Kenanga 7 (Perubatan & Nephro)
    • Wad Kenanga 8 (Perubatan & Respi)
    • Wad Kenanga 4 (Multidisiplin –Perubatan 20 katil)
    • Wad Kenanga 3 (Wad Covid, SARI, ID, General)
    • Wad CCU (Penjagaan jantung)
    • Wad B2 (Multidisiplin)
  • Wad Transit
    • Wad Kecemasan
  • Rawatan Harian
    • Nefrologi di wad Kenanga 7
    • Thalasemia di ILKKM Sungai Petani
    • Kimoterapi (I/V Cylophosphamide) di ILKKM Sungai Petani
    • Rawatan Hemodialisis di Hospital Sungai Petani
    • Intraarticular Injection (Rheumatologi) di Klinik Perubatan
  • Pendidikan Kesihatan
    • Kaunselor TB dan Rawatan
    • Kaunseling Diabetik – mewujudkan Diabetic Educator Session untuk outpatient dan inpatient
    • Kaunseling Warfarin 
  • Diagnostik Klinikal
    • Prosedur ujian diagnostik seperti Exercise Stress Test (EST), Echocardiography, Electroencephalogram (EEG), Holter Monitoring dan Electrocardiogram (ECG or EKG) dilakukan untuk pesakit luar dan dalam serta kes rujukan dari klinik kesihatan dan hospital dari daerah berdekatan
    • Prosedur Lung Function Test dilakukan untuk pesakit luar dan dalam untuk pesakit respiratori
    • Pengambilan spesimen darah dan air kencing untuk pesakit luar
    • Prosedur Esophagogastroduodenoscopy (OGDS) dan Colonoscopy oleh Pakar Gastroenterologist lawatan dari HSB
    • Prosedur Bronchoscope, Pleuroscopy dan IPC Insertion oleh Pakar Respiratori di hospital ini
    • Prosedur Renal Biopsy dan Tenchckoff Insertion oleh Pakar Nefrologi untuk pesakit Hospital Sultan Abdul Halim
    • POCUS oleh AAIM. Melakukan bedside ultrasound untuk mendapat diagnosis cepat dan tepat
    • ProsedurSkin Biopsy oleh Pakar Perubatan
  • Perkhidmatan Lain
    • Lawatan kepakaran ke Hospital Sik & Hospital Yan
    • Persidangan Kes Lembaga Perubatan
    • Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji
    • Persidangan Jemaah khas doktor kes PERKESO dan KWSP
    • Penglibatan dalam aktiviti peringkat hospital seperti;
      1. Program Hospital Bebas Kesakitan ( Pain Free Hospital)
      2. Dengue Champion Team
      3. Antimicrobial Stewardship
      4. Hospital Antibiotic & Infection Control Committee
      5. Resident Rheumatology Service
      6. Resident Infectious Disease Service
    1.  

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my