Unit Hal Ehwal Islam
Pengenalan
Unit Hal Ehwal Islam adalah sebuah unit di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Sultan Abdul Halim yang diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 merupakan pegawai kader dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Unit ini bertanggungjawab mengendali, menyelaras dan melaksanakan aktiviti – aktiviti berkaitan kerohanian seperti penerapan nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital, merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah serta menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam di hospital.
Objektif
- Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan warga kerja dan pesakit mendapat bimbingan kerohanian.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penerapan budaya Islam dan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan warga kerja semasa bertugas.
- Memastikan aktiviti hospital yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan cekap dan efisyen.
- Menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keperluan dan selaras dengan kehendak Syari’e.
- Melahirkan warga kerja hospital yang mahir dalam pengurusan dan pengendalian ibadah pesakit dengan melaksanakan pelbagai kursus dan latihan secara berkala dan komprehensif.
Visi
Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan pengurusan hal ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.
Misi
Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit.
Piagam Pelanggan
- Tanggungjawab kepada hospital
-
- Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
- Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital
- Sumber rujukan /penerangan program berkaitan syariah/agama
- Perkhidmatan kepada warga kerja hospital
-
- Menyelaras dan melaksana program penerapan nilai-nilai Islam secara berkala agar dapat dilaksanakan dengan penuh berhikmah, terancang dan berkualiti
- Memberi sokongan kerohanian dan khidmat nasihat Syari’e kepada wargakerja hospital
- Perkhidmatan kepada pesakit dan waris
-
- Memberi Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris
- Mengadakan aktiviti ziarah di wad-wad serta bimbingan pengurusan ibadah pesakit
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Ziarah pesakit di wad
- Bimbingan wuduk, tayammum dan solat kepada pesakit dan waris
- Memberi khidmat nasihat dan rundingcara hukum Islam
- Pengumuman waktu solat
- Bacaan doa pagi