Jabatan Farmasi Dan Bekalan
Pengenalan
Jabatan Farmasi dan Bekalan adalah salah satu perkhidmatan sokongan utama di hospital ini yang bertujuan untuk memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan. Jabatan ini bertanggungjawab untuk:
- Mengoptimakan terapi ubat-ubatan melalui penyampaian perkhidmatan farmasi yang berkesan, dinamik dan progresif, berkualiti dan professional.
- Memastikan perbelanjaan ubat-ubatan dan bukan ubat di tahap yang ekonomik dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Memberi kesedaran mengenai penggunaan ubat-ubatan secara rasional, keselamatan pengubatan dan pelaporan kesan sampingan ubat.
- Mengoptimakan penggunaan tenaga kerja selaras dengan beban tugas yang perlu disediakan.
- Memastikan pencapaian perkhidmatan yang berkualiti secara berterusan.
Objektif
Untuk memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan kepada pesakit dan pelanggan di hospital dengan menentukan kualiti, keselamatan dan rasionaliti dalam penggunaan ubat – ubatan di samping mengukuhkan sistem perolehan dan bekalan bagi memenuhi keperluan farmaseutikal dan logistik yang lain dengan mengutamakan bekalan yang mencukupi dan harga yang berpatutan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Farmasi Ambulatori
- Farmasi Klinik Pakar
- Farmasi Kecemasan
- Kaunseling Ubat-ubatan
- Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) – Warfarin, Diabetes, CKD, Respiratori dan RVD
- Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) Farmasi
- Farmasi Pesakit Dalam
- Farmasi Bekalan Wad
- Sistem Unit Of Dose
- Sistem Unit Of Use
- Bekalan stok imprest
- Bekalan bahan psikotropik dan dadah berbahaya
- Farmasi Satelit
- Pengurusan ubat-ubatan discaj
- Farmasi Klinikal
- Farmasi Wad
- Mengenalpasti sejarah pengubatan pesakit, case clerking, rondaan farmakoterapi, medication reconcillation, menilai ubat-ubatan & kaunseling pesakit
- Farmakokinetik Klinikal (TDM)
- Farmasi Logistik
- Pengurusan Perolehan, Penerimaan, Penyimpanan, Pengeluaran dan Pemantauan:
- Ubat
- Bukan Ubat
- Reagen Makmal
- Gas Perubatan
- Pengurusan Perolehan, Penerimaan, Penyimpanan, Pengeluaran dan Pemantauan:
- Farmasi Maklumat Ubat
- Pengendalian pertanyaan berkaitan ubat-ubatan
- Pengurusan kelulusan ubat-ubat terkawal (Ubat kuota, KPK, Pesara)
- Farmasi Pengeluaran
- Pengeluaran Sterile :
- Nutrisi Parenteral (TPN)
- Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)
- Ubat titis mata
- Pengeluaran Sterile :
-
- Pengeluaran Non-Sterile : Galenikal (internal/eksternal)
- Prabungkus Ubat-ubatan
- Farmasi Dasar & Pengurusan
- Pengurusan Kualiti dan Latihan Anggota Farmasi
- Perancangan dan pemantauan dalam implementasi garispanduan, keperluan sumber manusia, infrastruktur & pencapaian farmasi