Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi

Pengenalan
Jabatan ini ialah satu jabatan yang dinamik dengan matlamat untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang efisien, berkesan berdasarkan kepada bukti perubatan yang disahkan kepada semua lingkungan usia wanita yang memerlukan penjagaan dan perawatan.

Jabatan ini diterajui oleh Ketua Jabatan iaitu seorang Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Gred Jusa C yang sangat komited dan dibantu oleh Pakar-pakar, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat serta kakitangan lain bagi menguruskan pengoperasian jabatan ini.

Jabatan ini juga memberi perkhidmatan khas kepada wanita merangkumi pelbagai skop iaitu perawatan penjagaan ibu antenatal, intrapartum dan postpartum, perkhidmatan subkepakaran Infertility dan Maternal Fetal Medicine.


Objektif
  • Memastikan kelahiran yang selamat , sempurna serta meminimakan komplikasi kelahiran dan mengurangkan kadar kematian ibu mengandung.
  • Penekanan khusus diberi kepada kes-kes yang berisiko tinggi berlandaskan polisi-polisi yang digariskan dalam protokol.
  • Mengekalkan status serta mengalakan pelaksanaan Hospital Rakan Bayi.
  • Menyediakan perkhidmatan berkualiti dan terkinI kepada semua pesakit dan mengutamakan kepuasan pelanggan.
  • Mengekalkan kualiti perkhidmatan pada tahap yang terbaik dengan sistem pemantauan melalui kaedah ‘Quality Assurance Programme’, KMK, Inovasi dan penyelidikan.
  • Memastikan agar pembelajaran semua peringkat kakitangan dikekalkan.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Penjagaan dan Rawatan Pesakit Dalam - perkhidmatan penjagaan rapi kepada semua kes-kes berisiko, ginekologi, antenatal, postnatal dan pembedahan.
  • Penjagaan dan Rawatan Pesakit Luar Klinik Pakar termasuk Klinik Obstetrik & Klinik Ginekologi.
  • Perbincangan Morbiditi/ Mortaliti Hospital.
  • Menerima kes-kes rujukan dari Klinik Kesihatan Daerah Kuala Muda, Hospital Kulim, Baling, Yan dan juga klinik/hospital swasta.
  • Menyedia perkhidmatan khas HRT/ Infertility Combined Clinic, Klinik Pre Pregnancy.
  • Rawatan Harian prosedur minor IUI/ Colposcopy.
  • Patient Asessment Center (PAC) menerima dan memeriksa ibu-ibu hamil.
  • Dewan Bersalin memberi penjagaan perawatan kepada ibu hamil sehingga menyambut kelahiran.
  • Pemerhatian rapi untuk kes berisiko tinggi seperti pendarahan dan Impending Eclampsia di High Dependency Area (HDA).
  • Perawatan bagi kes selepas kelahiran secara pembedahan (LSCS) di Wad Kenanga 12.
  • Perawatan bagi pesakit selepas kelahiran secara normal dan pesakit antenatal kes Placenta Praevia di Wad Kenanga 11.
  • Mengadakan Lawatan Kepakaran ke Hospital Baling dan Yan.

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my