Unit Pentadbiran & Aset

Pengenalan
Unit Pentadbiran dan Aset merupakan gabungan empat unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Pengurusan Aset, Unit Perpustakaan dan Unit Hal Ehwal Islam. Di bawah Unit Pentadbiran pula terdapat beberapa sub-unit iaitu Pentadbiran Am, Stor Alat Tulis dan Kompleks Pegawai Atas Panggilan dan Kenderaan.


Objektif

Memastikan pengurusan di Unit Pentadbiran dan Aset lebih produktif, dinamik dan komprehensif supaya setiap output yang diberi dapat memenuhi kehendak pelanggan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 


Unit Pentadbiran

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Mengurus perkhidmatan penghantaran/penerimaan surat menyurat, tempahan bilik mesyuarat, pengurusan fail-fail am dan fail terperingkat jabatan dan proses membuat pelupusan
  • Penyewaan ruang hospital dan perjanjian premis demis (ruang pejabat, kafeteria, ATM, kiosk, vending machine, taskadan tapak telekomunikasi)
  • Mengurus permohonan masuk/keluar kuarters hospital dan mengurus permohonan lawatan kakitangan ke luar negara
  • Mengurus permohonan/ penggantian telefon bimbit bagi pegawai yang berkelayakan
  • Pengurusan kad inden minyak & Touch & Go. Mengurus kad perakam waktu jabatan dan laporan yang berkaitan
  • Mengurus permohonan kenderaan baru pegawai yang dilantik ke JUSA, kelulusan minyak, kad inden minyak, kad touch n’ go dan smart tag
  • Mengurus bekalan pakaian seragam kepada kakitangan beruniform
  • Menjadi urusetia kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital
 
Stor Alat Tulis dan On-call

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Mengurus bekalan alat tulis pejabat
  • Perkhidmatan fotokopi dan risograph
  • Mengurus bilik sembahyang di hospital dengan membuat pertukaran kain-kain sejadah dan telekung mengikut jadual yang ditetapkan
  • Mengurus Kompleks Pegawai Atas Panggilan (Bilik On-call) bagi Pegawai Perubatan bertugas

Unit Perpustakaan

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Memberi perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku (sekulation), penggunaan komputer, kemudahan melayari internet, suratkhabar, journal, majalah dan bilik perbincangan

Pengurusan Kenderaan

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Mengurus perkhidmatan penghantaran jenazah
  • Mengurus tempahan penggunaan kenderaan daripada pegawai hospital

Unit Pengurusan Aset

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Menguruskan pelantikan dan pencalonan Penolong Pegawai Aset, Pegawai Stor, Pegawai Penerima Aset, Pegawai Penerima Stok, Pegawai Pemeriksa Aset, Pegawai Pemeriksa Stok dan Pegawai Pemverifikasi Stor
  • Menyelaras dan menguruskan proses Testing & Commissioning perolehan peralatan/aset baru
  • Menyediakan borang SNF V3, V4, V5, V6, V7, V9 kepada pihak konsesi bagi urusan pendaftaran, penyelenggaraan
  • Menguruskan penerimaan, pendaftaran, penyimpanan dan pemeriksaan aset
  • Menganjurkan dan menguruskan kursus berkaitan pengurusan aset alih dan pemeriksaan aset dan stor kepada semua pegawai yang terlibat dalam pengurusan aset dan stor
  • Menyediakan laporan-laporan aset (Harta Modal & Inventori, Pemeriksaan Harta Modal & Inventori, Pelupusan Aset Alih Kerajaan & Tindakan Surcaj/ tatatertib atas kehilangan aset kerajaan
  • Menguruskan pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset serta sumbangan hadiah aset kepada Jabatan
  • Mengemaskini dan menyediakan Kew PA7 bagi setiap lokasi yang mempunyai aset alih mengikut keperluan
  • Mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Mesyuarat Bersama Penolong Pegawai Aset dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerosakan Aset peringkat jabatan

Unit Hal Ehwal Islam

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Melaksanakan program kerjasama dengan Sekretariat Hospital Mesra Ibadah (HMI) KKM dan lain-lain agensi bagi pelaksanaan Program HMI
  • Melaksanakan kerjasama dengan institusi/agensi berkaitan bagi pelaksanaan program penjagaan spiritual
  • Berperanan sebagai fasilitator dan pegawai khidmat nasihat dalam penerimaan suntikan vaksin kepada pesakit dan bayi yang baru lahir
  • Mengendalikan program-program sempena hari kebesaran Islam peringkat hospital setiap tahun seperti Sambutan Maulidur Rasul, Ihya Ramadhan, Maal Hijrah, ceramah agama bulanan, bacaan yasin, korban, berkhatan, ziarah prihatin dan lain-lain
  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program penerapan nilai-nilai murni secara berkala
  • Bertanggungjawab mengendalikan kes-kes yang berkaitan kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan salah laku sosial yang melibatkan pesakit-pesakit di dalam wad bersalin khususnya (wanita) termasuk di bawah umur 18 tahun ke bawah iaitu yang berkaitan dengan anak tidak sah taraf/zina

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my