Unit Forensik

Pengenalan
Unit Perubatan Forensik adalah salah satu unit sokongan klinikal yang beroperasi di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Unit ini terletak bersebelahan dengan Stor Integrasi di Aras 1. Unit ini dilengkapi dengan fasiliti berikut :
  • 2 bilik bedah siasat utama 
  • 1 bilik bedah siasat mayat reput
  • 1 makmal latihan bedah siasat
  • 1 bilik seminar
  • 2 bilik pengurusan mayat
  • 14 peti sejuk untuk simpanan mayat (12 mayat biasa dan 2 mayat reput)
Pengkhususan bidang perubatan forensik merangkumi
  1. Patologi forensik : Melibatkan pemeriksaan mayat dengan arahan polis
  2. Amalan medikolegal : Menyentuh aspek-aspek perundangan

Objektif
  • Memberikan perkhidmatan perubatan forensik yang bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan.
  • Mewujudkan kemahiran serta kecekapan di kalangan kakitangan unit ini bagi mengendalikan kes-kes medikolegal dengan lebih efektif.
  • Memberikan khidmat nasihat, pengurusan dan pengendalian mayat yang mahir, cekap dan teratur.
  • Mengadakan hubungan dengan jabatan lain yang terlibat berkaitan masalah forensik.
  • Menyediakan perkhidmatan penerimaan, penyimpanan dan penyerahan mayat/anggota badan kepada waris.
  • Menyediakan perkhidmatan bedahsiasat medikolegal dan membantu bedahsiasat klinikal sekiranya perlu.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Perkhidmatan Bilik Mayat
    • Penerimaan, penyimpanan dan penyerahan jenazah/anggota badan daripada wad/polis kepada waris.
    • Menyelia penyerahan dokumen penguburan kepada waris.
    • Menyelia pelupusan mayat tidak dituntut melalui protokol sedia ada.
  • Perkhidmatan Bedahsiasat
    • Melaksanakan pemeriksaan postmortem ke atas kes-kes medikolegal dengan arahan polis.
    • Membantu pemeriksaan postmortem klinikal sekiranya perlu.
    • Membuat laporan bedah siasat bagi setiap kes medikolegal yang dilaksanakan.
    • Menghadiri mahkamah bagi kes-kes yang berkait.
  • Perkhidmatan Penyimpanan Data
    • Menyelia penyimpanan rekod-rekod kematian dalam Hospital Sultan Abdul Halim.

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my