Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental
Pengenalan
Jabatan ini beroperasi di aras 3 bangunan Hospital Sultan Abdul Halim iaitu di Klinik Pakar Psikiatri Dan Kesihatan Mental untuk rawatan pesakit luar dan Unit Psikologi Klinikal / Kaunseling, Wad C1 (lelaki) dan C2 (perempuan) beroperasi di Hospital Sungai Petani dengan kapasiti 20 katil, Klinik Rehabilitasi Psikiatri. Manakala Unit Perkhidmatan Psikiatri Komuniti (CPU) beroperasi di Aras 5, HSAH. Bermula Februari 2014, jabatan ini telah mengembangkan satu lagi perkhidmatan iaitu Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) HSAH yang beroperasi di perkarangan Klinik Kesihatan Kupang, Baling. Bermula bulan Januari 2022 Wad C1 dan C2 telah mula beroperasi sepenuhnya di Hospital Sungai Petani.
Objektif
Perkhidmatan Yang Disediakan

- Memberikan perkhidmatan Kesihatan Mental yang komprehensif termasuk aktiviti penjagaan, perawatan, pemulihan, pencegahan dan promosi Kesihatan Mental.
- Menyediakan perkhidmatan diagnostik, kuratif dan rehabilitasi ke tahap optima kepada pesakit yang memerlukan rawatan yang berkaitan berdasarkan Akta Kesihatan Mental 2001.
- Menyediakan perkhidmatan yang cekap, adil dan saksama.
- Memberikan rawatan susulan pada pesakit yang telah kembali dalam masyarakat.
- Menggalakkan perawatan psikiatri di komuniti melalui perkhidmatan akut dan asertif psikiatri komuniti.
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling.
- Menyediakan pendidikan kesihatan mental kepada pesakit dan keluarga.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan mental secara berkala dan berterusan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Rawatan Pesakit Dalam
- Rawatan Pesakit Luar
- Klinik Psychogeriatric (Pakar Lawatan)
- Klinik Kanak-kanak Dan Remaja (Pakar Lawatan)
- Klinik Addiction (Pakar Lawatan)
- Klinik Liaison (Pakar Lawatan)
- Perkhidmatan Psikologi Klinikal / Kaunseling
- Perkhidmatan Psikiatri Komuniti (CPU)
- Klinik Rehabilitasi Psikiatri
- Pesakit Dalam
- Pesakit Luar
- Supported Employment
- Restart Program Kolaberasi Dengan PERKESO
- Klinik Psikiatri Lawatan Hospital Sik / Yan
- Klinik Rehabilitasi Psikiatri
- Perkhidmatan Electroconvulsive Therapy (ECT)
- Memberi Latihan Dalam Bidang Psikiatri :
- Calon Sarjana Perubatan Psikiatri
- Calon MRCPsych
- Pelajar Perubatan AIMST/UNISHAMS
- Pelatih Pen Peg Perubatan / Jururawat
- Psikologi Kaunseling
- Pelbagai Aktiviti Promosi Kesihatan Mental
- Sebagai Pusat Rujukan Kes-kes Psikiatri Dari Hospital Daerah yang Lain Terutamanya dari Hospital Yan Dan Hospital Sik
- Pusat Kesihatan Mental Masyarakat, HSAH ( MENTARI )