Jabatan Oftalmologi

Pengenalan
Perkhidmatan utama Jabatan Oftalmologi Hospital Sultan Abdul Halim adalah untuk memberikan perkhidmatan Oftalmologi peringkat sekunder. Perkhidmatan ini diberikan melalui perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam, pembedahan dan Pusat Jagaan Harian (Daycare) serta perkhidmatan sokongan Optometri.


Objektif
Menyediakan perkhidmatan kepakaran mata dengan menitikberatkan aspek-aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Perkhidmatan Pesakit Luar beroperasi di Klinik Oftalmologi
    • Klinik Kecemasan
    • Klinik Kepakaran Oftalmologi Am
    • Klinik Diabetik Retinopati
    • Klinik Lawatan Pakar Glaucoma
    • Klinik Lawatan Pakar Ocular Plastic
    • Klinik Prabedah & Posbedah
    • Klinik Optometri
    • Diagnostik Fundus Foto
    • Diagnostik Optical Coherence Tomography ( OCT )
    • Diagnostik Fluorescence Fundus Angiography ( FFA )
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
    • Wad Kenanga 4
  • Perkhidmatan Unit Rawatan Harian (Daycare Unit)
  • Perkhidmatan Pembedahan Elektif dan Kecemasan
  • Perkhidmatan Atas Panggilan (On-Call) Kes Kecemasan
  • Perkhidmatan Lawatan Pakar Oftalmologi ke Hospital Kluster Kedah Tengah (HOKTEN) iaitu Hospital Yan dan Hospital Sik
  • Perkhidmatan Lawatan sub-kepakaran Glaukoma dan Ocular Plastic daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)
  • Pusat Latihan kepada pelajar-pelajar dalam bidang Kepakaran Perubatan Oftalmik, Kepakaran Perubatan Keluarga, Latihan Sangkut, Pelajar Perubatan, Pelajar Optometri dan Pelajar Kejururawatan

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my