Unit Penyeliaan

Pengenalan
Unit Penyeliaan sangat penting dalam mengurus dan menjaga kepentingan profesion dan kebajikan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit ini berperanan membuat penempatan semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikut perjawatan yang diluluskan dan keperluan di unit-unit.

Unit Penyeliaan juga berperanan memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan memohon Perakuan Pembaharuan Tahunan Annual Renewal Certificate (ARC) setiap tahun.


Objektif
  • Sentiasa melakukan pemantauan kepada semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan supaya tugas dan prosedur dilakukan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Melakukan penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikut kepakaran dan keperluan supaya semua perkhidmatan yang diberi dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Melakukan penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  • Memantau dan memberi latihan kepada Program Penempatan Wajib (PPW).
  • Pemberian nombor kaunter Pendaftaran Klinik Pakar, perkhidmatan kerusi roda dan perkhidmatan porter.
  • Memberi latihan Kursus / CME kepada Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  • Mengurus bekalan pakaian seragam dan kasut kepada Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  • Laison Officer bagi Facility Engineering and Maintenance Services (FEMS) dan Clinical Waste Management Services (CWMS). 

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my