Unit Kerja Sosial Perubatan
Pengenalan
Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) merupakan salah sebuah unit di bawah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu. Unit ini memberi perkhidmatan dalam membantu para pesakit khususnya bagi aspek psikososial dan sosioekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang proaktif dan boleh berdikari, sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit atau masalah yang dihadapi.
Objektif
Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) merupakan salah sebuah unit di bawah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu. Unit ini memberi perkhidmatan dalam membantu para pesakit khususnya bagi aspek psikososial dan sosioekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang proaktif dan boleh berdikari, sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit atau masalah yang dihadapi.
Objektif
- Memberi perkhidmatan sosial yang komprehensif selaras dengan konsep rawatan pesakit yang menyeluruh ke arah meningkatkan kefungsian sosial pesakit, semoga pesakit dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdedikasi sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.
- Mengamalkan konsep multi disiplin selaras dengan orientasi holistik terhadap kesihatan.
- Membantu mewujudkan kumpulan-kumpulan sokongan yang dapat berfungsi sebagai satu mutual aid system untuk klien-klien yang mempunyai masalah-masalah atau pengalaman hidup yang sama.
- Mengenalpasti sumber-sumber yang terdapat di dalam dan di luar komuniti yang boleh memanfaatkan pemulihan klien
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan kerja sosial perubatan memberi penekanan kepada membantu pesakit memulihkan dan memaksimakan kefungsian sosial pesakit selaras dengan keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit. Perkhidmatan yang diberikan berdasarkan rujukan dari Pegawai Perubatan. Terdapat 2 jenis bantuan iaitu bantuan terapi sokongan dan bantuan praktik :-
- Bantuan Terapi Sokongan
Jenis kes yang terlibat adalah seperti berikut :- Penjagaan pesakit kronik/paliatif
- Cubaan bunuh diri
- Perbalahan/Keganasan rumahtangga
- Ibu tanpa nikah
- Mangsa perkosaan
- Penderaan kanak-kanak
- Kes Orang Kurang Upaya (OKU)
- HIV Positif/ AIDS
- Ketagihan
- Masalah keluarga
- Bantuan Praktik
Jenis-jenis bantuan praktik merangkumi perkhidmatan seperti berikut :- Penilaian sosioekonomi
- Pendidikan khas/latihan
- Perancangan keluar wad/Kesan waris
- Lawatan ke rumah pesakit (home visit)
- Penempatan institusi
- Penjagaan anak pelihara/anak angkat
- Bantuan sara diri bagi pesakit yang berkelayakan
- Tambang untuk pergi menerima rawatan di hospital
- Permohonan alat tiruan/peralatan ke Tabung Bantuan Perubatan (TBP) atau Institut Jantung Negara (IJN)
- Bantuan Implan, kerusi roda, aerochamber, crutchers, walking frame, mesin suction, oxygen concentrator, kanta intraokular dan lain-lain.
- Pengurusan kes anak terdampar