Laporan Perubatan


Prosedur Permohonan dan Bayaran Laporan Perubatan


Dokumen yang diperlukan :

  1. Salinan kad pengenalan pesakit.
  2. Kad rawatan pesakit.
  3. Sijil discaj (jika admit wad).
  4. Surat keizinan daripada pesakit.
  5. Borang permohonan (contoh: PERKESO / KWSP / Insurans / MySALAM).
  6. Bayaran laporan perubatan.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan laporan perubatan secara :
  1. Hadir ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan.
  2. Pos permohonan ke alamat Jabatan Rekod Perubatan, HSAH dengan mengemukakan dokumen-dokumen di atas dan bayaran secara wang pos / cek atas nama "Pengarah Hospital".

Tempoh penyediaan laporan perubatan :
  • Laporan perubatan akan disiapkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.


WAKTU BEROPERASI BUKA
Ahad - Rabu : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi hingga 3.30 petang


REHAT Ahad - Khamis : 1.00 petang hingga 2.00 petang


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Jabatan Rekod Perubatan
Hospital Sultan Abdul Halim
Jalan Lencongan Timur
Bandar Amanjaya
08000 Sungai Petani, Kedah

No. Telefon: 04-4457417 / 04-4457418
Bagi mengetahui status pemohonan laporan perubatan, sila hubungi nombor talian di atas.