Hospital Mesra Ibadah

Muat Turun Risalah Hospital Mesra Ibadah

Pendahuluan
Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan hospital serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan. Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberi kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Hospital Mesra Ibadah selepas ini disebut HMI yang mana menekankan konsep sakit bukan alasan dan halangan di dalam melakukan aktiviti yang berkait rapat dengan ibadah. Begitu juga dengan beberapa perkara dari sudut perspektif hukum islam berdasarkan hukum fiqh perubatan kontemporari berkaitan bioteknologi perubatan seperti euthanasia, menderma atau menerima organ dan sumber ubat yang dihasilkan daripada porcine (babi) dan sebagainya.


“Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu” (al-Taghabun:16)


Firman di atas membuktikan bahawa ibadah wajib dilakukan walaupun dalam keadaan sukar, contohnya semasa menerima rawatan. Walaupun begitu, ibadahnya dilonggarkan mengikut kemampuan seseorang itu. Dalam konteks ini, kakitangan hospital khususnya perawat perubatan muslim perlu memikul tanggungjawab dalam memastikan pesakit muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan. Panduan beribadah ketika sakit didedahkan dengan sempurna dan pada masa yang sama bertindak sebagai kaunselor dan sahabat kepada pesakit dan ahli keluarganya. Maka, pengetahuan asas dalam panduan beribadah ini perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap perawat perubatan muslim.

 


Visi Misi
Menjadikan esok lebih baik dari hari ini. Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikiologi, mental dan rohani.

HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)
Satu konsep telah diperkenalkan iaitu Hospital Mesra Ibadah.

Antara elemen-elemen penting yang perlu ada pada HMI :

  1. Pengamal Perubatan
  2. Latihan
  3. Persekitaran
  4. Perkakasan untuk membantu pesakit
  5. Hak Pesakit dan Persendirian (sulit)
  6. Keperluan khas

Elemen Pertama (Pengamal Perubatan)
Pentadbiran dan Pengamal Perubatan yang juga merupakan asas terpenting dalam melakukan perubahan daripada konsep yang sedia ada kepada konsep HMI. Usaha-usaha yang perlu dilakukan melalui elemen ini hendaklah dimantapkan dengan aktiviti yang bersepadu dan sentiasa berkekalan kepada seluruh peringkat organisasi sehinggalah kepada pesakit. Faktor dalam menjayakan HMI perlu difokuskan kepada perubahan yang dilakukan ke atas setiap lapisan pekerja. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara menyeluruh dengan unsur-unsur keimanan, amalan, pemikiran dan kebersihan hati setiap warga kerja yang mengamalkan konsep HMI.

Elemen Kedua (Latihan)
Latihan yang berterusan oleh pengamal perubatan muslim seperti konvensyen kebangsaan HMI dan seminar/latihan dalaman dan luaran yang meletakkan pengisian rohani sebagai teras.

Elemen Ketiga (Persekitaran)
Menekankan amalan-amalan yang perlu dijadikan rutin oleh pengamal perubatan seperti pengisian kerohanian, salam, selawat, doa, ceramah, tazkirah, poster, risalah dan jadual waktu pesakit semasa menerima rawatan yang membolehkan pesakit melakukan ibadah seperti contoh solat berjemaah bersama ahli keluarga. Mewujudkan persekitaran dan suasana HMI di dalam institusi perubatan. Solat fardhu dilakukan secara berjemaah bersama-sama dengan pesakit disamping kemudahan bilik solat di wad atau berhampiran, bauan aromaterapim hiasan dan poster serta ketersediaan kitab-kitab doa, hadith dan Al-Quran di setiap sudut atau ruang Hospital Mesra Ibadah.

Elemen Keempat (Perkakasan Untuk Membantu Pesakit)
Peralatan. Tikar solat, sinki mudah-alih, pek tayammum, kain dan telekung serta alat bantuan yang kreatif untuk membantu pesakit melakukan ibadah disediakan dengan mencukupi dan berfungsi dengan baik.

Elemen Kelima (Hak Pesakit dan Persendirian (Sulit))/ Keperluan Yang Istimewa.
Kemudahan HMI termasuklah mewujudkan Unit Hal Ehwal Islam yang menguruskan hal ehwal HMI di samping menjadikan tempat rujukan dan nasihat yang melibatkan hukum dan fatwa. Khidmat kaunseling pesakit dan staf juga disediakan selain daripada kemudahan pengurusan jenazah.

PERLAKSANAAN PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)

1.0 Penubuhan Ahli Jawatankuasa di Peringkat Hospital:-

Penaung Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa
Pengarah Hospital Timbalan Pengarah Hospital (Perubatan) Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan) Pegawai Agama Hospital Ketua Unit Kualiti Penyelia Jururawat Ketua Penyelia Hospital Ketua Jururawat Pen Peg Perubatan Penolong Pegawai Tadbir Kanan Lain-lain


2.0 KPI/Pengukur Pencapaian:

    2.1 Pengamal Perubatan
    • Memaklumkan arah kiblat
    • Memaklumkan peralatan dan surau serta perkhidmatan HMI kepada pesakit berbangsa Islam
    2.2 Latihan kepada semua lapisan kakitangan yang terlibat (‘Sokongan Rohani Kepada Pesakit’) 2.3 Kajian Kepuasan Pelanggan ‘Sokongan Rohani Kepada Pesakit’


3.0 Aktiviti – Aktiviti / Polisi dalam program HMI

      3.1 Doa
      • Doa Harian
      • Doa pada setiap pertukaran syif jururawat
      • Doa pesakit sedang nazak/resusitasi
      • Doa pesakit menjalani pembedahan
      • Doa menziarahi pesakit
      • Doa di dewan bersalin/panduan azan/iqamah

      3.2 Polisi/Poster
      • Adab menziarahi pesakit
      • 7 perkara kerja sebagai ibadah
      • Waktu solat (pengumuman dibuat melalui system pembesar suara hospital)
      • Panduan pakaian semasa menziarahi pesakit di hospital
      • Panduan solat pesakit
      • Doa-doa

      3.3 Latihan/Bengkel
      • Bengkel ‘Sokongan Rohani kepada Pesakit’ kepada semua staf hospital.
      • Bengkel Pengurusan Jenazah
      • CNE/CME ‘Hospital Mesra Ibadah’
      • Ceramah Agama
      • Ziarah prihatin

      3.4 Infrastruktur/Peralatan
      • Surau-surau yang bersih
      • Surah Yasin/Al Quran
      • Buku Panduan Solat untuk Pesakit’
      • Telekung, kopiah, kain pelikat dan sejadah
      • Spray air sembahyang
      • Debu tayammum
      • Arah kiblat
      • Solat reminder bagi yang bersetuju untuk diingatkan jika tiba waktu solat
      • Pamplet

KEMUDAHAN HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI), HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM
Hospital Mesra Ibadah Hospital Sultan Abdul Halim menyediakan beberapa keperluan dan kemudahan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pesakit, keluarga waris mahu pun para petugas hospital untuk melaksanakan ibadah solat khususnya di wad-wad. Antaranya adalah seperti berikut:-

SENARAI AKTIVITI/PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM:

    1. Majlis bacaan yaasin
    2. Majlis bacaan yaasin bersama jabatan pengurusan
    3. Sambutan hari-hari kebesaran islam
    4. Ceramah Agama Bulanan
    5. Program Ihya Ramadhan Peringkat Hospital
    6. Program ziarah pesakit
    7. Bacaan Doa Pagi
    8. Semakan arah kiblat di wad/surau/ruang solat
    9. Kaunseling Syar’ie pesakit ( ibu lahir anak tak sah taraf )
    10. Kursus Pengurusan Jenazah
    11. Bengkel TOT Fiqh Ibadah Pesakit
    12. Bengkel Pengurusan Ibadah Pesakit
    13. CNE/CME “ Hospital Mesra Ibadah ”
    14. Program Meraikan Bakal Jemaah Haji
    15. Lain-lain

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my