Unit Teknologi Maklumat
Pengenalan
Unit Teknologi Maklumat bertanggungjawab sebagai penyedia penyelesaian Information and Communication Technology (ICT) yang komprehensif bagi menyokong transformasi perkhidmatan penjagaan kesihatan. Unit ini di bawah penyeliaan Timbalan Pengarah Pengurusan yang melaksanakan perkhidmatan pengurusan teknologi maklumat bagi membantu pengurusan hospital dalam merancang strategi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang efisyen dengan menggunakan teknologi ICT terkini.
Objektif
- Memastikan penggunaan ICT yang berkesan dan berkualiti dalam melaksanakan kerja dan membuat keputusan bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan di peringkat hospital
- Memupuk warga HSAH ke arah membudayakan ICT
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Pengurusan Peralatan ICT
- Pengurusan Sistem Rangkaian
- Pengurusan Sistem Maklumat / Aplikasi
- Pengurusan Pusat Data Dan Backup
- Pengurusan Portal Rasmi Dan Maklumat
- Pengurusan Emel
- Pengurusan Perkhidmatan Helpdesk
- Pengurusan HIS
- Pengurusan Program Literasi ICT
- Pengurusan Keselamatan ICT
- Pengurusan Multimedia
- Pengurusan Pentadbiran