Unit Keselamatan

Pengenalan
Unit Keselamatan terletak di Aras 2, lobi utama Hospital Sultan Abdul Halim. Organisasi ini di bawah Bahagian Pengurusan. Fungsi utama adalah bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan organisasi pada tahap yang maksima. Kakitangan Unit Keselamatan merupakan Pegawai Kader daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.


Objektif
Memastikan Sistem Kawalan Keselamatan Perlindungan di hospital sentiasa dalam keadaan baik dan terjamin.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Memberi khidmat nasihat berkenaan Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi serta Keselamatan Persekitaran ICT
  • Membuat pemeriksaan keselamatan dan memberi syor-syor agar ianya dipatuhi
  • Menjalankan siasatan awal terhadap sesuatu perlanggaran keselamatan dan menyediakan laporan
  • Mengkaji keperluan kelengkapan sistem keselamatan bagi tujuan memperkukuhkan tahap keselamatan hospital
  • Mengurus pengeluaran kad pengenalan jabatan, kad akses, kad pelajar, pas pelawat dan pas pekerja
  • Menguruskan kunci-kunci pejabat
  • Mengurus/memantau operasi Kawalan Keselamatan Swasta
  • Urusan tempahan tempat letak kereta bagi majlis-majlis rasmi hospital

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my