Jabatan Pediatrik

Pengenalan
Jabatan Pediatrik ialah satu jabatan yang dinamik dengan matlamat untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang efisien, berkesan dan berdasarkan kepada bukti perubatan yang disahkan, kepada semua kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke bawah yang memerlukan rawatan.


Objektif
  • Memberikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif kepada semua pesakit kanak-kanak dari daerah Kuala Muda, daerah Baling dan daerah-daerah terdekat.
  • Memberikan khidmat pesakit dalam dan luar yang optimum kepada semua pesakit (bayi dan kanak-kanak) termasuk khidmat unit intensif neonatal.
  • Membantu kanak-kanak mencapai potensi diri yang terbaik dalam segenap aspek fizikal, mental dan sosial.
  • Mengurangkan kadar kematian bayi / kanak-kanak, terutamanya kes kematian bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
  • Memberikan kesedaran dan pendidikan dalam aspek kesihatan kepada para pesakit dan ibubapa, terutamanya membantu menggalakkan jalinan hubungan antara ibubapa dan masyarakat / komuniti sekitar dalam memberikan penjagaan terbaik kepada kanak-kanak di persekitaran mereka.
  • Memberikan latihan dan panduan terbaik kepada para pegawai perubatan siswazah dalam menjalankan tugas mereka.
  • Memberi latihan pasca-siswazah kepada pegawai perubatan dalam bidang pediatrik.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Rawatan Pesakit Dalam
    • Perkhidmatan doktor pakar di Unit Intensif Neonatologi dan lawatan pakar neonatologi dua bulan sekali.
    • Perkhidmatan doktor pakar kepada semua pesakit.
    • Perkhidmatan stand-by untuk kelahiran berisiko tinggi di bilik bersalin dan bilik bedah.
    • Memantau/merawat pesakit kritikal di Jabatan Kecemasan.
    • Bekerjasama dengan Jabatan Obstetrik dalam memberikan khidmat kaunseling kepada para ibu yang mempunyai kandungan/ kelahiran yang berisiko tinggi.
    • Memberikan khidmat basic ultrasound brain kepada bayi di SCN/NICU.
    • Memberikan khidmat echocardiography (imbasan jantung) asas kepada bayi di SCN/NICU.
  • Rawatan Pesakit Luar
    • Rawatan susulan di Klinik Pediatrik termasuk di klinik sub-kepakaran.
    • Menerima kes rujukan dari jabatan lain, hospital daerah, klinik kesihatan dan dari klinik / hospital swasta.
  • Unit Rawatan Harian
    • Menyediakan rawatan harian untuk transfusi darah kepada para pesakit thalassaemia.
    • Memberikan rawatan intravena immunoglobulin kepada pesakit primary immunodeficiency.
    • Memasukkan tiub kencing kepada pesakit yang menjalani prosedur micturating cystogram.
    • Menyediakan khidmat pengambilan darah dan memasukkan jarum (branula) kepada pesakit yang menjalani rawatan susulan.
    • Memberikan ubat bius kepada pesakit yang menjalani prosedur radiologi / imbasan.
  • Lawatan Ke Hospital Daerah
    • Lawatan dan perkhidmatan klinik pesakit luar di Hospital Sik sebulan sekali.
    • Menerima kes rujukan dari Hospital Baling.
  • Latihan
    • Mengadakan kursus Neonatal Resuscitation Program untuk pegawai perubatan, pegawai latihan siswazah dan staf kesihatan.
    • Menjalankan kursus Acute Paediatric Emergencies untuk pegawai perubatan dari klinik kesihatan dan hospital daerah.
    • Menjalankan kursus Paediatric Nursing Update untuk jururawat Jabatan Paediatrik HSAH.
    • Menyambut Hari Thalasemia sedunia.
    • Latihan mingguan untuk pegawai latihan siswazah dan pegawai perubatan.
    • Latihan untuk jururawat pelatih dari kolej jururawat awam dan swasta.
    • Latihan untuk pelajar-pelajar perubatan dari universiti AIMST semasa tempoh latihan klinikal mereka di wad pediatrik.

Hakmilik Terpelihara © 2023

Hospital Sultan Abdul Halim, Kementerian Kesihatan Malaysia

Penafian: Hospital Sultan Abdul Halim tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik adalah menggunakan versi desktop web.

Alamat

Jalan Lencongan Timur, 
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Hubungi kami

Tel: +6044457333
Email: hsah@moh.gov.my