Dermatologi


MISI 

Mengemblengkan professionalisma seluruh anggota dermatologi bagi mencapai matlamat wawasan hospital sultanah bahiyah menuju ke alaf baru. dan berusaha memberi perkhidmatan dermatologi yang terbaik untuk semua masyarakat yang berbilang kaum di negara yang kami cintai.

 

VISI

Sebagai sebuah unit yang berkeupayaan memberi perkhidmatan perawatan dan pemulihan pesakit melalui perkhidmatan dermatologi yang berkualiti

 

OBJEKTIF 

Memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti sejajar dengan penggunaan kaedah rawatan terkini bagi mencapai taraf kesihatan yang optima kepada semua penduduk negeri kedah darulaman

                                                                                 

PIAGAM PELANGGAN  

Kami berkhidmat meminimumkan masa menunggu pelanggan dan berusaha memaksimumkan kepuasan pelanggan melalui kaedah-kaedah kerja dan rawatan yang terkini menerusi sumber yang sedia ada.

  • Masa pendaftaran 10 minit
  • Masa menunggu untuk pemeriksaan doctor kurang daripada 60 minit

 

Ahad

Isnin

Selasa (Procedures)

Rabu

Khamis

·   Acne Clinic

·   STD Clinic

·  Phototheraphy

·  Psoriasis

·  Fungal Infections

·      Skin biopsy

·      Cryocautery

·      Electrocautery

·      Chemocautery

·      Parring

·  Eczema

·  Photo Theraph

· Prison Cases

· Paediatric

 

 

LAIN-LAIN AKTIVITI

  • Conduct Dermatological courses for all MO's and Medical Assistants working in the peripheral clinics in Kedah.
  • Conduct CME for all medical and paramedics of HSB.
  • Counselling for HIV, Proriasis and Atopic eczema and other patients.
  • Hospital specific approach: Patient satisfaction study from 2003 to 2005 achieved 98%.

Oral Maksilofasial


MISI JABATAN 

Melaksanakan Perkhidmatan dengan berlandaskan ciri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Profesionalisma,Khidmat Penyayang dan kerja berpasukan. 

VISI

Perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan merangkumi perkhidmatan pendiagnosaan,perawatan,pemulihan dan promosi kesihatan yang berkualiti berkesan dan sama rata.Penjanaan anggota yang mahir,cekap,inovatif dan beramanah,kemudahan peralatan dan teknologi yang canggih dan terkini,persekitaran dan suasana kerja yang selamat,sihat dan selesa.
 

OBJEKTIF

Untuk membantu individu mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dn sosial secara produktif dengan memberi penekanan kepada kes-kes yang melibatkan bidang Pembedahan Oral dan Maksilofasial.  

FUNGSI DAN SKOP JABATAN 

  • Oral dan Maksilofasial trauma
  • Oral dan Maksilofasial patologi
  • Perubatan Mulut
  • Pembedahan TMJ
  • Pembedahan orthognatik
  • Pembedahan dentoaveolar dan gigi terimpak
  • Pembedahan rekonstruktif oral dan maksilofasial
  • Pengurusan pesakit bermasalah perubatan
  • Rawatan asas pergigian
  • Perkhidmatan Pergigian Forensik  

PIAGAM PELANGGAN

Klinik Pakar Pergigian Hospital Sultanah BahiyahBahagian ini bertekad ,komited dan sntiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan; 

  1. Setiap pesakit akan dilayan dengan  mesra ,bertimbangrasa,hormat,bersopan santun dan ikhlas 
  2. Setiap pesakit akan didaftarkan dalam tempoh 15 minit 
  3. Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan dan caj rawatan yang dikenakan 
  4. Rawatan pergigian akan dimulakan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan 
  5. Kes-kes kecemasan akan didahulukan 
  6. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan kepakaran pergigian yang sewajarnya secara cekap dan profesional 
  7. Kemudahan dan peralatan yang digunakan didalam bilik rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman 
  8. Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting rawatan dan pencegahan penyakit dan permasalahan pergigian 
  9. Setiap pesakit akan diberi penjelasan mengenai rawatan yang akan dijalankan 
  10. Segala maklumat mengenai pesakit akan di rahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit tertakluk kepada undang-undang

 

AKTIVITI-AKTIVITI TERKINI/SEMASA

  1. Program Latihan CPD meliputi kuliah, Kelab Journal dan Tutorial.
  2. Klinikal Audit/Kajian Kepuasan Pelanggan. 
  3. Perbincangan Klinikal untuk pembedahan dan rawatan lanjut. 
  4. Kursus/bengkel seperti  Basic Surgical Skills dengan microvascular component untuk Pegawai Pergigian
  5. Clinikal Refresher Course untuk Pembantu Pembedahan Pergigian 
  6. Pusat Latihan Amali :

      Pusat Latihan kepakaran Oral dan Maksilofasial untuk Pegawai Pergigian
      Penempatan latihan klinikal untuk Pegawai Pergigian Tahun Pertama
      Penempatan Latihan Klinikal untuk Jururawat Pergigian (Post-Basic) Oral dan Maksilofasial
      Penempatan Latihan Klinikal untuk Pembantu Pembedahan Pergigian

7.    Penempatan Latihan Klinikal dan makmal untuk Juruteknologi Pergigian (Post-Basic) Oral dan Maksilofasial.

8.    Projek Kerja Penyelidikan Klinikal

 

Kecemasan


VISI

Memberikan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan yang Efisien, Cemerlang dan Mesra Pelanggan

 

MISI

Memberi Perkhidmatan Perawatan Perubatan Kecemasan dengan seberapa segera yang boleh bagi menyelamatkan nyawa dan mencegah komplikasi yang mana iaiya menepati keperluan masyarakat dan mengikut piawaian Perkhidmatan Perawatan Perubatan Kecemasan.

 

OBJEKTIF

·         Mengkoordinasi semua Panggilan Perubatan Kecemasan bagi seluruh Negeri Kedah

·         Memberi Perkhidmatan Pre-Hospital dan Panggilan Ambulans

·         Memberi Perawatan Perubatan Kecemasan di dalam Hospital

·         Memberi Perkhidmatan Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centrio”)

·         Menyelaraskan Kesiapsiagaan dalam pengendalian Krisis dan Bencana

 

PIAGAM PELANGGAN

·         Ambulans akan dihantar ke tempat kejadian dalam masa 5 (Lima) minit selepas menerima panggilan Kecemasan 999.

·         Semua Pesakit di Zon Kritikal akan di lihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 5 (Lima) minit.

·         Semua Pesakit di Zon Semi-Kritikal akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 30 minit

 

SISTEM TRIAGE

Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan akan dikategorikan mengikut "SISTEM TRIAGE" di mana pesakit akan diasingkan mengikut kritikaliti. Jabatan ini tidak menggunakan sistem nombor giliran. Ini adalah bagi memudahkan kakitangan jabatan memberi rawatan segera kepada pesakit yang dikategori sebagai boleh mengancam nyawa.

ZON MERAH
Kes-kes kritikal akan diberi rawatan yang segera mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini. Pesakit akan diberi pemulihan dengan segera di mana keadaan pesakit tersebut dikategorikan boleh mengancam nyawa atau kematian jika rawatan segera tidak diberikan. Kes ini akan diberi rawatan di bahagian ZON MERAH.

ZON KUNING
Kes-kes yang dikategorikan tidak teruk dan tidak mengancam nyawa. Kes-kes ini akan dirawat di ZON KUNING.

ZON HIJAU
Dikategorikan sebagai kes-kes ringan dan ia tidak memerlukan rawatan segera dan tidak mengancam nyawa kecuali kes Asthma (dirawat di Asthma Bay).

* Untuk maklumat lanjut layari www.kecemasan2u.com

 

Anestesiologi   


MISI

  Memberi Penjagaan Dan Perawatan Yang Efektif Kepada Pelanggan Agar Mendapat Tahap Kesihatan Yang Optima.
  Memberi Bius Yang Terancang Dan Selamat Serta Mengurangkan Morbiditi Dan Mortaliti Yang Disebabkan Oleh Proses Rawatan.
  Mengenalpasti Pelanggan Yang Tidak Stabil Dan Merawatnya Dengan Segera Untuk Mengurangkan Mortaliti Dan Morbiditi Serta Meninggikan Tahap Kesembuhan.
  Jabatan Anestesiologi Sebagai Penyumbang Penting Dalam “Pasukan Rawatan Kritikal”, “Pasukan Kesakitan Akut”, Dan “Pasukan Perioperative”
 

VISI

Meningkatkan Lagi Kualiti Dan Imej Jabatan Dalam Menuju Alaf Baru

    Pembiusan Yang Lebih Selamat, Berkesan Dan Kos Efektif Bagi Mengurangkan Kadar Mortaliti Dan Morbiditi Pelanggan
    Menjadikan Unit Rawatan Rapi Tempat Yang Lebih Effisien Dan Cekap Bagi Meningkatkan Tahap Survival Pelanggan
    Merealisasikan Cita-Cita Pelanggan Untuk Mencapai Kehendak Dan Kepuasan Dalam Perawatan Pembiusan Dan Rawatan Rapi.

 

PIAGAM PELANGGAN 

    Memastikan setiap pelanggan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) diberikan rawatan berterusan setiap masa.
    Menentukan setiap waris yang terdekat dengan pelanggan diberitahu tentang keadaan pesakit oleh doktor yang merawat.
    Memberi perkhidmatan yang berkualiti, menjaga keselamatan dan kehormatan serta keselesaan pelanggan sebelum, semasa dan selepas pembiusan.
    Merawat serta memberi layanan yang sewajarnya kepada pelanggan semasa berada di bilik pemulihan.
    Memastikan setiap pelanggan dikembalikan ke wad masing-masing dalam keadaan sedar dan selamat.
    Mengurangkan masa penantian pelanggan untuk pembedahan kecemasan mulai dari masa kes disenaraikan hingga ke masa pembedahan.
    Memberi pembiusan yang selamat semasa dan sesudah pembedahan.

OBJEKTIF JABATAN 

1.     Memberi anestesia yang berkualiti dan terancang serta selamat untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti yang disebabkan oleh pembiusan. 

2.     Mengenalpasti pelanggan yang tidak stabil dan merawat dengan segera untuk mengurangkan  mortaliti dan morbiditi di dalam Unit Rawatan Rapi. 

3.     Menyediakan Perkhidmatan Rawatan di High Dependency Ward yang setanding dengan ICU supaya pelanggan mendapat rawatan yang terbaik.  

4.     Menyediakan Perkhidmatan “Acute Pain Service” untuk pelanggan selepas pembedahan (Post Operative). 

5.     Menyediakan perkhidmatan Respiratori & Haemodinamik bagi seluruh hospital. 

6.     Mengadakan kursus-kursus “Acute Pain Service”/ “BLS Instructor Course” dan “Basic Life Support” untuk semua Pegawai Perubatan/ Paramedik hospital dan masyarakat umumnya. 

7.     Menyediakan perkhidmatan analgesia semasa “labour pain”

 

AKTIVITI JABATAN ANESTESIOLOGI 

1.     Perkhidmatan Pesakit Dalama)    Perkhidmatan Anestesiologib)    Perkhidmatan Rawatan Rapic)     Perkhidmatan High Dependency Wardd)    Perkhidmatan Unit Inhalasi & Haemodynamice)    “Acute Pain Service”

2.     “Cardio-Pulmonary Resuscitation”(CPR)-8 kursus setahun untuk Pegawai Perubatan/ Paramedik/ publik.

3.     Kursus “Acute Pain Service” 2 kali setahun untuk Pegawai Perubatan dan Paramedik.

4.     CME Jabatan Anestesiologi pada setiap hari Selasa, aktiviti termasuklah “Incident Reporting, Mortality Morbidity Review dan ICU Teaching”.

5.     Kursus “Anaesthesia Update” untuk Pegawai Perubatan Anestesiologi Negeri Kedah.

6.     Kursus “Airway Management” untuk Pegawai Perubatan Hospital Daerah Negeri Kedah.

7.     “Paediatric Anaesthesia and Analgesia”.  

 

RANCANGAN MASA DEPAN BAGI JABATAN ANESTESIOLOGI  

1.     Meluaskan Perkhidmatan “Day Care Surgery”. Dewan Bedah Hospital Alor Setar akan dinaiktaraf menjadi “ACC”

2.     Meluaskan Perkhidmatan “Pain Relief in Labour”

3.     Mengembangkan Kursus CPR kepada kakitangan lain selain Pegawai Perubatan dan Paramedik dan juga kepada orang awam atau kakitangan lain di jabatan-jabatan kerajaan.

4.     Perkhidmatan Anestesia untuk MRI dan Kardiologi (Angiogram) 

 

Oftalmologi 


PENGENALAN

Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah adalah merupakan pusat rujukan tertiari untuk perkhidmatan oftalmologi Negeri Kedah. Disamping itu jabatan ini juga merupakan pusat rujukan untuk perkhidmatan subkepakaran glaukoma, vitreo-retina dan okuloplastik bagi Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara).


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN  

Perkhidmatan Jabatan Oftalmologi dijalankan mengikut 9 aktiviti:


AKTIVITI 1 :


  1. Klinik Mata :- Perkhidmatan klinik mata dibahagikan kepada 3 aktiviti utama:-
    1. Perkhidmatan Oftalmologi Am – di bawah aktiviti ini terdapat perkhidmatan kepakaran am, kecemasan, pra bedah, lepas bedah dan diabetik.
    2. Perkhidmatan Subkepakaran Oftalmologi - terdapat perkhidmatan Glaukoma, Vitreo-Retina dan Okuloplastik di mana masing-masing diketuai oleh Pakar Oftalmologi yang terlatih di bawah subkepakaran berkenaan.
    3. Perkhidmatan Optometri - Perkhidmatan ini merangkumi perkhidmatan refraksi, pra bedah, lepas bedah, visual field dan pemeriksaan khas optometri.
  2. National Eyedatabase - Jabatan turut terlibat merekodkan data-data mengenai pembedahan katarak, diabetik retinopati, okuloplastik  dan glaukoma pada registri mata kebangsaan.
  3. NIA / KPI - Terdapat 3 KPI yang digunakan oleh jabatan sebagai pengukur kualiti perkhidmatan.


AKTIVITI 2 :

(Prevention Of Blindness Kedah)
Aktiviti utama perkhidmatan ini adalah pencegahan kebutaan terutama sekali yang disebabkan oleh ”diabetic retinophaty”. Penumpuan diberikan untuk memantapkan program saringan diabetik retinopati melalui fundus photo. 


AKTIVITI 3 : 

(Dewan Bedah Mata Dan Penyelidikan)

Pembedahan mata dijalankan di Dewan Bedah hospital – hospital berikut :

  1. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (HSBAS)
    1. Dewan  Bedah 3, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (HSBAS) adalah bagi kes-kes pembedahan bius am dan bius setempat untuk pembedahan mata bagi kes general serta pembedahan subkepakaran dan juga kes - kes kecemasan. Dewan Bedah ini beroperasi setiap hari.
    2. Dewan Bedah Hari Sabtu - pembedahan dijalankan pada hari Sabtu bagi mengurangkan waktu menunggu pembedahan mata elektif terutama sekali pembedahan katarak.
  1. Hospital Jitra (HJ)

Pembedahan Jagaan Harian (Day Care) – dijalankan di Bilik Bedah, Hospital Jitra . Kemudahan ini digunakan bagi kes-kes pterygium, katarak dan intravitreal lucentis injection.

  1. Hospital Sultanah Maliha, Langkawi (HSM)

Pembedahan mata di Bilik Bedah , Hospital Sultanah Maliha Langkawi dilakukan semasa lawatan pakar secara berkala.


AKTIVITI 4 :

(Program Perubatan, Socso, Perkeso, Laporan Perubatan, PEKA dan Pesara)
Aktiviti utama adalah untuk memastikan kes – kes tersebut diuruskan mengikut sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital Sultanah Bahiyah.


AKTIVTI  5 : 

(Bina Ihsan, CME)
Bahagian ini diwujudkan kerana terdapat keperluan untuk memastikan setiap kakitangan mendapat peluang untuk menjalani latihan dalam perkhidmatan yang mencukupi. 


AKTIVITI 6 :

(Bas KKKKM – Klinik Katarak KKM / Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB))
Aktiviti ini menggunakan bas sumbangan YSB bagi tujuan saringan mata dan pra bedah untuk pesakit katarak dan diabetik retinopati di Negeri Kedah.


AKTIVITI 7 :

(Lawatan Pakar Perunding / Pakar Oftalmologi ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi, Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan Hospital Kulim)

  1. Lawatan Pakar Perunding / Pakar Oftalmologi Ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi dijalankan sebanyak 15 kali setahun (mengikut jadual semasa).
  2. Lawatan Pakar Perunding Oftalmologi dengan subkepakaran Ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan Hospital Kulim dijalankan sebulan sekali (mengikut jadual semasa).


AKTIVITI 8 :

(Pusat Pengurusan Mata Pesakit Diabetes di Blok R, Hospital Alor Setar)
Klinik mata ini diwujudkan dan mula beroperasi pada bulan Jun 2020. Rawatan kepakaran, rawatan laser, klinik low vision  dan refraksi (perkhidmatan optometri) diberikan khusus kepada pesakit – pesakit diabetik retinopati disini.


AKTIVITI 9 :

(Kepuasan Pelanggan Dan Pigam Pelanggan)
Aktiviti di bawah bahagian ini adalah bertujuan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan (pesakit mata).