Kecemasan
|
VISI Memberikan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan yang Efisien, Cemerlang dan Mesra Pelanggan
MISI Memberi Perkhidmatan Perawatan Perubatan Kecemasan dengan seberapa segera yang boleh bagi menyelamatkan nyawa dan mencegah komplikasi yang mana iaiya menepati keperluan masyarakat dan mengikut piawaian Perkhidmatan Perawatan Perubatan Kecemasan.
OBJEKTIF · Mengkoordinasi semua Panggilan Perubatan Kecemasan bagi seluruh Negeri Kedah · Memberi Perkhidmatan Pre-Hospital dan Panggilan Ambulans · Memberi Perawatan Perubatan Kecemasan di dalam Hospital · Memberi Perkhidmatan Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centrio”) · Menyelaraskan Kesiapsiagaan dalam pengendalian Krisis dan Bencana
PIAGAM PELANGGAN · Ambulans akan dihantar ke tempat kejadian dalam masa 5 (Lima) minit selepas menerima panggilan Kecemasan 999. · Semua Pesakit di Zon Kritikal akan di lihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 5 (Lima) minit. · Semua Pesakit di Zon Semi-Kritikal akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 30 minit
SISTEM TRIAGE Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan akan dikategorikan mengikut "SISTEM TRIAGE" di mana pesakit akan diasingkan mengikut kritikaliti. Jabatan ini tidak menggunakan sistem nombor giliran. Ini adalah bagi memudahkan kakitangan jabatan memberi rawatan segera kepada pesakit yang dikategori sebagai boleh mengancam nyawa. ZON MERAH ZON KUNING ZON HIJAU * Untuk maklumat lanjut layari www.kecemasan2u.com |