Unit Psikologi Dan Kaunseling


PENGENALAN
Unit Psikologi Kaunseling beroperasi pada bulan Mac 2015 dan sehingga kini yang menempatkan seorang Pegawai Psikologi S41/44. Perkhidmatan psikologi dan kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik dan berterusan kepada anggota kesihatan dan pengguna perkhidmatan.

 

VISI
Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang profesional.

 

MISIMemastikan perkhidmatan psikologi kaunseling diberikan oleh pegawai yang kompeten, berkemahiran dan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, terapeutik serta efektif.

 

OBJEKTIF
i. Menyampaikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti;
ii. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi secara berterusan; dan
iii. Melaksanakan perkhidmatan berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan.


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

i. Perkhidmatan psikologi kaunseling ditawarkan kepada anggota kesihatan dan pengguna perkhidmatan.
ii. Perkhidmatan ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu:
a. Kaunseling individu
b. Kaunseling kelompok
c. Kaunseling keluarga dan perkahwinan