Oral Maksilofasial
MISI JABATAN
Melaksanakan Perkhidmatan dengan berlandaskan ciri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Profesionalisma,Khidmat Penyayang dan kerja berpasukan.
VISI
Perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan merangkumi perkhidmatan pendiagnosaan,perawatan,pemulihan dan promosi kesihatan yang berkualiti berkesan dan sama rata.Penjanaan anggota yang mahir,cekap,inovatif dan beramanah,kemudahan peralatan dan teknologi yang canggih dan terkini,persekitaran dan suasana kerja yang selamat,sihat dan selesa.
OBJEKTIF
Untuk membantu individu mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dn sosial secara produktif dengan memberi penekanan kepada kes-kes yang melibatkan bidang Pembedahan Oral dan Maksilofasial.
FUNGSI DAN SKOP JABATAN
- Oral dan Maksilofasial trauma
- Oral dan Maksilofasial patologi
- Perubatan Mulut
- Pembedahan TMJ
- Pembedahan orthognatik
- Pembedahan dentoaveolar dan gigi terimpak
- Pembedahan rekonstruktif oral dan maksilofasial
- Pengurusan pesakit bermasalah perubatan
- Rawatan asas pergigian
- Perkhidmatan Pergigian Forensik
PIAGAM PELANGGAN
Klinik Pakar Pergigian Hospital Sultanah BahiyahBahagian ini bertekad ,komited dan sntiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan;
- Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra ,bertimbangrasa,hormat,bersopan santun dan ikhlas
- Setiap pesakit akan didaftarkan dalam tempoh 15 minit
- Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan dan caj rawatan yang dikenakan
- Rawatan pergigian akan dimulakan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan
- Kes-kes kecemasan akan didahulukan
- Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan kepakaran pergigian yang sewajarnya secara cekap dan profesional
- Kemudahan dan peralatan yang digunakan didalam bilik rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman
- Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting rawatan dan pencegahan penyakit dan permasalahan pergigian
- Setiap pesakit akan diberi penjelasan mengenai rawatan yang akan dijalankan
- Segala maklumat mengenai pesakit akan di rahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit tertakluk kepada undang-undang
AKTIVITI-AKTIVITI TERKINI/SEMASA
- Program Latihan CPD meliputi kuliah, Kelab Journal dan Tutorial.
- Klinikal Audit/Kajian Kepuasan Pelanggan.
- Perbincangan Klinikal untuk pembedahan dan rawatan lanjut.
- Kursus/bengkel seperti Basic Surgical Skills dengan microvascular component untuk Pegawai Pergigian
- Clinikal Refresher Course untuk Pembantu Pembedahan Pergigian
- Pusat Latihan Amali :
Pusat Latihan kepakaran Oral dan Maksilofasial untuk Pegawai Pergigian
Penempatan latihan klinikal untuk Pegawai Pergigian Tahun Pertama
Penempatan Latihan Klinikal untuk Jururawat Pergigian (Post-Basic) Oral dan Maksilofasial
Penempatan Latihan Klinikal untuk Pembantu Pembedahan Pergigian
7. Penempatan Latihan Klinikal dan makmal untuk Juruteknologi Pergigian (Post-Basic) Oral dan Maksilofasial.
8. Projek Kerja Penyelidikan Klinikal