Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)
PENGENALAN
Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (CRC) secara rasmi ditubuhkan pada 11 Ogos 2008 sebagai salah satu daripada 37 rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bertindak sebagai pusat rujukan penyelidikan bagi negeri Kedah, CRC bertanggungjawab dalam melaksanakan penyelidikan yang berkualiti serta mematuhi etika bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di kalangan pesakit terutamanya di negeri Kedah. CRC HSB merupakan antara CRC rangkaian yang aktif dalam menjalankan penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
VISI
Untuk menjadi institusi penyelidikan klinikal terkemuka di Asia.
MISI
Untuk meningkatkan mutu kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.
OBJEKTIF
- Untuk mengukuhkan kapasiti penyelidikan melalui pembangunan sumber data dan penyediaan latihan.
- Menjadi pusat sumber penyelidikan klinikal di Kedah.
- Untuk menggalakkan penyelidikan Industry-Sponsored Research di kalangan pegawai perubatan dan penyelidik melalui penilaian kebolehlaksanaan (feasibility assessment).
- Untuk membantu dan menyokong penyelidik dalam menjalankan penyelidikan melalui pelbagai perkhidmatan berkaitan kajian dan kemudahan penyelidikan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN UNIT CRC
Penyelidikan
- Menjalankan dan menyokong penyelidikan yang telah dimulakan oleh kakitangan CRC HSB atau diselaraskan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) NIH.
- Memudahkan dan menyokong penyelidikan yang dijalankan oleh kakitangan KKM.
- Membantu penyelidik dalam pelbagai aspek bagi tujuan meningkatkan kualiti penyelidikan.
- Memantau projek penyelidikan Investigator-Initiated Research yang dijalankan di hospital untuk memastikan penyelidikan mengikut Garis Panduan Good Clinical Practice Malaysia.
- Bekerjasama dengan Clinical Research Malaysia (CRM) dalam menyelaras penyelidikan Industry-Sponsored Research.
Latihan
- Mengadakan kursus dan bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan (Basic Research Method, Biostatistik Asas/Pertengahan/Lanjutan, Kajian Literatur, Penulisan Manuskrip, dll.) untuk kakitangan HSB.
- Menyediakan sokongan yang diperlukan kepada kursus dan bengkel lain yang dianjurkan oleh HSB, ICR NIH dan institusi penyelidikan lain.
- Mengadakan State Research Day setiap 2 tahun sekali.
- Menyediakan program bimbingan dan tunjuk ajar kepada kakitangan KKM yang berminat dalam penyelidikan apabila diperlukan.
Konsultasi penyelidikan
- Menjalankan klinik konsultasi penyelidikan yang merangkumi semua aspek aktiviti penyelidikan (study design, protocol development, research methods, statistical analysis, and article publication).
- Memberi panduan dalam pendaftaran protokol penyelidikan di laman web National Medical Research Register (NMRR).
- Memberi panduan dalam menjalankan percubaan Industry-Sponsored Research (cth. pengurusan data, pengurusan produk penyiasatan, harta intelek, indemniti profesional, kajian kebolehlaksanaan, rundingan kontrak, dsb.)
Pengurusan Penyelidikan
- Mengemaskini maklumat berkaitan penyelidikan kepada kakitangan HSB.
- Membantu kakitangan bukan HSB mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan dan Pengarah Hospital (menggunakan Borang Kelulusan Tapak) untuk menjalankan penyelidikan di HSB.
- Melakukan lawatan ke fasiliti KKM berdekatan untuk klinik konsultasi penyelidikan dan mengadakan latihan penyelidikan yang berkaitan jika diperlukan.
- Membantu penyelidik memohon geran penyelidikan KKM.