Rehabilitasi
Pengenalan
Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sultanah Bahiyah telah memulakan operasi bermula pada 2 Januari 2013. Jabatan ini terdiri dari 3 unit iaitu : Unit Perubatan Rehabilitasi, Unit Fisioterapi, dan Unit Cara Kerja (Occupational Therapy) .
MISI
Memberikan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi yang komprehensif dan holistik dalam mengoptimumkan kefungsian pesakit setelah mengalami ketidak upaya dan meningkatkan tahap kualiti kehidupan pesakit.
VISI
Mewujudkan jabatan yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi kepada pasakit dan masyarakat .
LOKASI
Jabatan Perubatan Rehabilitasi beroperasi di tingkat bawah, bahagian kanan bangunan utama , Hospital Sultanah Bahiyah . Jabatan ini mempunyai 2 pintu utama , iaitu di Lobi Jabtan Perubatan Rehabilitasi dan pintu masuk yang bersambung dengan bangunan utama hospital. Pihak hospital menyediakan 6 tempat letak kenderaan untuk pemandu OKU di sebelah tempat letak kereta Jabatan Perubatan Rehabilitasi .
PERKHIDMATAN KLINIKAL
Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi merangkumi perkhidmatan membuat diagnosis penyakit , penilaian fizikal dan kefungsian pesakit, serta rawatan dan intervensi perubatan rehabilitasi bagi semua peringkat umur. Perkhidmatan yang diberikan adalah berorientasikan “Interdiciplinary Rehabilitation Services” selaras dengan Tahap 4 perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi. Setiap pesakit dirawat bagi mengoptimumkan tahap kefungsian pesakit dari segi fizikal, psikologi, sosial, pekerjaan, kemandirian bagi pesakit yang mengalami ketidakupayaan sejak lahir , trauma , atau sebarang penyakit yang dialami.
Anggota Perkhidmatan Rehabilitasi terdiri daripada :
i. Pakar Perubatan Rehabilitasi
ii. Pegawai Perubatan Rehabilitasi
iii. Pegawai Pemulihan Fisioterapi
iv. Jurupulih Fisioterapi
v. Pegawai Pemulihan Carakerja
vi. Jurupulih Cara Kerja
vii. Jururawat Terlatih
viii. Pembantu Pegawai Perubatan
ix. Pembantu Perawatan Kesihatan
Skop Perkhidmatan Utama Perubatan Rehabilitasi
Skop Perkhidmatan Rehabilitasi utama yang disediakan adalah :
i. Rehabilitasi Amputasi
ii. Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang (Spinal Cord Injury),
iii. Rehabilitasi Neurologi dan Stroke
iv. Rehabilitasi Kecederaan Otak (Traumatic Brain Injury)
v. Rehabilitasi Pediatrik
vi. Rehabilitasi Kardiak
vii. Rehabilitasi Geriatrik.
viii. Rehabilitasi Pulmonari
ix. Rehabilitasi Muskuloskeletal
x. Rehabilitasi Vokasional
xi. Rehabilitasi Komuniti
xii. Rehabilitasi Kesihatan Wanita
Perkhidmatan Pesakit Luar
i. Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi
ii. Perkhidmatan Pesakit Luar - Terapi Fisioterapi
iii. Perkhidmatan Pesakit Luar - Terapi Cara Kerja
Perkhidmatan Pesakit Dalam
a) Wad Perubatan Rehabilitasi
i. Wad P – Hospital Alor Setar
ii. Wad Rehabilitasi Geriatrik – Hospital Kuala Nerang
b) Rujukan pesakit dalam di semua wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Alor Setar, dan Hospital Kuala Nerang.
PERKHIDMATAN UNIT-UNIT DI JABATAN PERUBATAN REHABILITASI
Unit Perubatan Rehabilitasi (UPR)
i. Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi memberikan perkhidmatan rawatan Klinik Pakar :
a. Rehabilitasi Amputasi – Klinik Prosthesis dan Orthosis
b. Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang (Spinal Cord Injury),
c. Rehabilitasi Neurologi dan Stroke
d. Rehabilitasi Kecederaan Otak (Traumatic Brain Injury)
e. Rehabilitasi Kardiak
f. Rehabilitasi Vokasional – Return To Work Clinic
g. Wheelchair and Seating System Clinic
h. Rehabilitation Procedures Clinic
• Neurogenic Bladder Clinic
• Spasticity Clinic
• Musculoskeletal Clinic
ii. Klinik Lawatan Pakar Perubatan Rehabilitasi
a) Klinik Lawatan Pakar ke Hospital Sultan Abdul Halim – Sungai Petani
b) Klinik Lawatan Pakar Ke Hospital Jitra
c) Klinik Lawatan Pakar Ke Hospital Sultanah Maliha – Langkawi
iii. Perkhidmatan Perubatan Rehabiliatsi di Komuniti
a) Lawatan Pakar Perubatan Rehabilitasi ke Taman Sinar Harapan , Jitra
b) Perkhidmatan Stroke Step Down Care :
• Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar
• Klinik Kesihatan Pendang
• Klinik Kesihatan Tunjang
• Hospital Jitra
iv. Combine Rehabilitation Clinic
a) Neuro – Rehabilitation Combine Clinic
b) Paediatric Rehabilitation Combine Clinic
c) Diabetic Resource Centre Combine Clinic
d) Geriatrik Rehabilitation Combine Clinic
Unit Fisioterapi
Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Fisioterapi untuk rawatan pesakit luar dan pesakit dalam adalah seperti berikut :
i. Mechanical Therapy
ii. Musculoskeletal Rehabilitation
iii. Electrotherapy
iv. Manual theraphy
v. Chronic Pain Management
vi. Phototherapy
vii. Women/Men Health (Incontinence Management)
viii. Lymphoedema Management
ix. Cardiorespiratory rehabilitation
x. Intensive and critical care physiotherapy
xi. Hydrotherapy
xii. Neurology/Stroke rehabilitation
xiii. Vestibular rehabilitation
xiv. Obesity Management
xv. Multidisciplinary team involvement: Sports injury clinic, Ante and Post natal clinic, stroke round, Geriatric rehab clinic.
xvi. Promotive and Preventive Health Care: Diabetic, Asthma, Hypertension, Back care
xvii. Advice on protective, assistive and corrective devices
xviii. Patient education Provision of services and facilities as training ground for physiotherapy trainees, other medical personnel, teachers for children with special needs. xix. Assisting Ministry of Health in matters relating to physiotherapy
Unit Cara Kerja ( Occupational Therapy Unit)
Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Cara Kerja untuk rawatan pesakit luar dan pesakit dalam adalah seperti berikut :
i. Musculoskeletal Rehabilitation (Physical Rehabilitation)
ii. Psychiatric Rehabilitation (for adults and paediatrics)
iii. Neonatal Rehabilitation
iv. Orthopaedic Rehabilitation
v. Hand and Upper Limb Rehabilitation
vi. Medical Rehabilitation
vii. Geriatric Rehabilitation
viii. Burn Rehabilitation
ix. Driving Rehabilitation
x. Work Rehabilitation
WAKTU OPERASI JABATAN
|
Ahad – Rabu |
8.00 pagi-1.00 tengahari |
|
|
2.00 petang-5.00 petang |
|
Khamis |
8.00 pagi-1.00 tengahari |
|
|
2.00 petang-3.30 petang |
|
Waktu Rehat |
1.00 tengahari - 2.00 petang
|
Rawatan pesakit dalam di Wad Perubatan Rehabilitasi - Wad P, Hospital Alor Setar dan Wad Rehabilitasi Geriatrik , Hospital Kuala Nerang beroperasi 24 jam - 7 hari seminggu
Jurupulih Fisioterapi menjalankan rawatan pesakit dalam untuk wad- wad kritikal iaitu di Intensive Care Unit (ICU), High Dependency Unit, Coronary Care Unit, untuk keperluan rehabilitasi pulmonary pada hujung minggu dan hari kelepasam am dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari