Jabatan Patologi
VISI
Menjadi salah satu pusat diagnostik perubatan yang cemerlang di Malaysia.
(To be one of the excellent medical diagnostic centres in Malaysia) .
MISI
Menyediakan perkhidmatan patologi yang berkualiti tinggi dan menyeluruh ke arah penjagaan pesakit yang optima oleh sepasukan anggota yang professional, terlatih dan mesra pelanggan. (To provide comprehensive, high quality pathology services by a team of professional and well- trained labaratory staff for optimum patient care in a customer –friendly manner).
PIAGAM PELANGGAN
i. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa yang dijanjikan dan semua maklumat adalah sulit.
ii. Keputusan ujian yang dihasilkan adalah tepat dan menepati piawaian.
iii. Setiap pelanggan akan diberkan layanan mesra, berhemah dan professional.
PENGENALAN
Jabatan Patologi Hospital Sultanah Bahiyah merupakan salah satu jabatan di dalam kategori perkhidmatan klinikal diagnostik Hospital Sultanah Bahiyah. Hospital ini dilengkapi dengan 12 dewan bedah utaman dan 6 dewan bedah harian dengan lebih daripada 15 bidang kepakaran dan subkepakaran. Ia Merupakan pusat rujukan bagi hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan sekitar negeri Kedah. Jabatan ini memainkan peranan dalam menghasilkan keputusan ujian makmal untuk membantu pengamal perubatan bagi pendiagnosan penyakit untuk perawatan kesihatan dan pengawalan penyakit. Sebagai hospital yang menjadi pusat rujukan, Jabatan patologi komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.
UNIT PENGKHUSUSAN
• Makmal Patologi Kimia-Integrasi
• Makmal Mikrobiologi
• Makmal Hematologi
• Makmal Histopatologi
• Makmal Sitologi
KATEGORI ANGGOTA
• Pakar Perunding Patologi
• Pakar Patologi (Patologi Anatomik, Mikrobiologi, Patologi Kimia dan Hematologi)
• Pegawai Perubatan
• Pegawai Sains (Mikrobiologi, Kimia Hayat & Biomedik)
• Juruteknologi Makmal Perubatan
• Pembantu Tadbir
• Pembantu Perawatan Kesihatan
FUNGSI UTAMA JABATAN
• Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan rundingcara dalam bidang Patologi kimia, Sitologi, Hematologi, Histopatologi dan Mikrobiologi.
• Menwarkan perkhidmatan subkepakaran Gastrohepatologi untuk seluruh Malaysia dan Thalassemia molekular untuk zon utara.
• Memberikan khidmat rundingcara pada jabatan-jabatan klinikal yang merupakan pelanggan utama jabatan ini
• Menyediakan latihan berterusan kepada anggota jabatan sertal individu-individu dari mana-mana institusi pengajian/ pendidikan • Mengendalikan dan membantu dalam penyelidikan berkaitan bidang patologi serta bidang lain yang berkaitan.
OBJEKTIF JABATAN PATOLOGI
• Menyediakan keputusan yang tepat dan boleh dipercayai dalam masa yang ditetapkan dan perkhidmatan rundingcara dalam bidang Patologi Kimia, Hematologi, Patologi Anatomik dan Mikrobiologi Perubatan.
(To provide accurate and reliable results in a timely manner and expert consultation In the field of Chemical Pathology, Hematology, Anatomic Pathology and Medical Microbiology)
• Menyediakan perkhidmatan makmal yang memenuhi keperluan klinikal dengan menggunakan teknologi terkini, mengikut ‘Good Laboratory Practice’ dan mesra pelanggan.
(To provide laboratory services that meet clinical needs using recent technology, in accordance with Good laboratory Practices and in a customer friendly manner)