Pergigian Pediatrik
PENGENALAN
Jabatan Pergigian Pediatrik pertama di Negeri Kedah telah memulakan perkhidmatannya di Hospital Alor Setar pada bulan April 1997. Pada tahun 2007, dengan pembinaan hospital negeri yang baru di Alor Setar iaitu Hospital Sultanah Bahiyah; jabatan ini berpindah bersama perkhidmatan kepakaran yang lain ke fasiliti baru ini. Jabatan Pergigian Pediatrik di Hospital Sultanah Bahiyah dilengkapi 2 bilik rawatan lengkap berserta kerusi rawatan pergigian dan 1 bilik konsultasi yang diubahsuai kepada Baby Friendly Clinic. Terdapat fasiliti yang digunasama bersama jabatan lain seperti kerusi pergigian dan bilik prosedur di wad dan di jabatan kecemasan.
Sehingga 2020, Jabatan ini berfungsi dengan tenaga kerja
• Seorang Pakar Pergigian Pediatrik gred UG56 selaku Ketua Jabatan
• Seorang Pakar Pergigian Pediatrik gred UG54
• Dua Pegawai Pergigian gred UG48
• Seorang Pegawai Pergigian gred UG44 • Seorang Pegawai Pergigian gred UG41
• Seorang Penyelia Juruterapi Pergigian U36
• Seorang Juruteknologi Pergigian U36
• Seorang Juruterapi Pergigian Kanan U32
• Seorang Juruterapi Pergigian U29
• Seorang Pembantu Pembedahan Pergigian U24
• Lapan Pembantu Pembedahan Pergigian U19
• Tiga Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Jabatan ini menerima rujukan dari jabatan-jabatan lain seperti Perubatan Pediatrik, Pembedahan Pediatrik, Pembedahan Plastik, Kecemasan dan juga hospital kerajaan, hospital swasta, klinik kesihatan dan klinik pergigian di negeri Kedah dan Perlis. Pesakit yang dirujuk ke Jabatan ini berumur 16 tahun ke bawah dan terdiri daripada golongan istimewa atau keperluan khas dan mereka yang mempunyai masalah perubatan.
MISI
Memberi khidmat kesihatan mulut yang mengutamakan pelanggan dimana nilai0nilai murni akan ditekankan iaitu perkhidmatan penyayang, bekerja secara berpasukan dan profesionalisme.
VISI
Menjadikan jabatan pergigian pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah sebuah pusat rujukan dan latihan yang mempunyai kebolehan dan keupayaan cemerlang dalam pengendalian dan rawatan kepada semua golongan kanak-kanak terutama keperluan asas.
PIAGAM PELANGGAN
Klinik Pakar Pergigian Pediatrik, Hospital Sultanah Bahiyah bertekad dan sentiasa berusaha untuk member perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan :
1.Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas.
2.Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan dan penjelasan mengenai rawatan secara professional.
3.Setiap pesakit perlu hadir dengan surat rujukan dan berdasarkan dengan tarikh temujanji yang diberikan.
4.Setiap pesakit akan didaftar dalam tempoh 15 minit
5.Rawatan pergigian akan dimulakan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.
6.Kes-kes kecemasan akan didahulukan.
7.Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam bilik rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman.
8.Segala maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit tertakluk kepada undang-undang.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan rawatan pergigian komprehensif dan penjagaan kesihatan mulut kepada semua kes rujukan kanak-kanak dan remaja yang berumur 16 tahun dan ke bawah, terutamanya yang berkeperluan khas dan menyediakan mereka ke arah kesihatan oral yang optimum.
FUNGSI
Sebagai pusat rujukan untuk penilaian, diagnosis dan pemulihan pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran pergigian pediatrik. Ini adalah merangkumi :
1.1 Klinikal Pengurusan kes-kes pergigian dan perubatan oral pesakit pediatrik yang berumur 16 tahun dan ke bawah :
I. Pesakit pediatrik yang mempunyai kompromi perubatan seperti mereka yang menghidap penyakit ‘immunosupression’ akibat rawatan kanser atau pemindahan organ, kanak-kanak yang mempunyai kecacatan jantung kongenital, dikrasia darah, serta penyakit-penyakit kronik seperti asma, diabetes dan gangguan renal.
II. Pesakit pediatrik yang terdiri dari kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak bermasalah pembelajaran, ‘cerebral palsy’. menghidap epilepsy, autism dan sebagainya.
III. Pesakit pediatrik yang mengalami masalah pergigian yang spesifik dan komplek, seperti kebengkakan muka disebabkan karies gigi.
IV. Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah keabnormalan pergigian yang serius seperti amelogenesis dan dentinogenesis imperfecta, hypodontia, supernumerary tooth dan sebagainya.
V. Pesakit pediatrik yang memerlukan pembedahan dento-alveolus.
VI. Pesakit pediatrik yang mengalami trauma pergigian dan orofasial.
VII. Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah patologi dan perubatan mulut termasuk mereka yang mempunyai anomaly orofasial.
VIII. Pesakit pediatrik yang mengalami karies awal kanak-kanak.
IX. Pesakit pediatrik yang dirujuk untuk pengendalian masalah perilaku seperti tidak dapat memberi kerjasama dan takut terhadap persekitaran klinik dan rawatan pergigian setelah dicuba rawatan di klinik pergigian primer.
X. Pemeriksaan kes-kes forensik odontologi termasuk kes-kes penderaan kanak-kanak.
XI. Melakukan prosedur pergigian dan pembedahan di bawah bius umum di dewan bedah (OT).
XII. Bertugas atas panggilan di luar waktu pejabat.
1.2 Bukan Klinikal
I. Membuat laporan perubatan.
II. Memberi latihan dan pendedahan berkaitan kepakaran pergigian pediatrik kepada pegawai-pegawai pergigian ‘New Dental Officer Programme’ (NDOP), pegawai-pegawai pergigian yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran pergigian pediatrik, jururawat pergigian, pembantu-pembantu pembedahan pergigian dan juruteknologi pergigian.
III. Menjalankan projek penyelidikan.
IV. Bertanggungjawab ke atas sistem pengurusan maklumat kesihatan (eHIS).
V. Bertanggungjawab ke atas pengumpulan data dan penghantaran maklumat aktiviti kualiti. (KPI, KPIYBMK, PSI, HSA, NIA, Pengumpulan Data Kepakaran Pergigian Pediatrik Kebangsaan) VI. Menjalankan aktiviti berkaitan promosi pergigian.
PERKHIDMATAN UTAMA YANG DISEDIAKAN
Teknik-teknik kawalan tingkahlaku pesakit semasa rawatan pergigian, sama ada non-pharmalogikal (behavior modification) atau pharmalogical (bius)
Rawatan pergigian asas – rawatan pencegahan, rawatan restorasi, rawatan endodontik dan rawatan cabutan gigi
Pencegahan dan rawatan pergigian kepada golongan pesakit dengan keperluan khas
Rawatan facial cellulitis
Pemantauan dan pengawalan perkembangan gigi kekal
Rawatan trauma gigi dan orofasial
Rawatan masalah craniofacial defect – pesakit dengan masalah klef
Patologi dan perubatan mulut
Pembedahan mulut kecil
Prostesis gigi dan mata
PERKHIDMATAN BARU YANG DISEDIAKAN
Klinik Transition : Klinik Trauma Kegigian Pergigian Pediatrik : Perkhidmatan Trauma Kegigian dimulakan pada tahun 2006 dan ia dianggap sebagai sub kepakaran dalam perkhidmatan pergigian pediatrik. Bermula tahun 2020, perkhidmatan beroperasi penuh di fasiliti siap dinaiktaraf Hospital Alor Setar. Pesakit yang dirawat adalah mereka yang mengalami kecederaan gigi dan memerlukan rawatan pergigian yang kompleks, iaitu rawatan restorasi kompleks, rawatan endodontik, rawatan rehabilitasi dan pemantauan yang rapi ke atas gigi yang mengalami trauma..
Objektif utama klinik ini diadakan adalah:
- Memberikan perkhidmatan kesihatan oral yang mengutamakan pelanggan.
- Memastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti, cekap dan berkesan untuk rawatan trauma kegigian
- Menawarkan latihan bagi pakar pergigian pediatrik/ pegawai pergigian mengenai rawatan trauma kegigian.
- Menjalankan kajiselidik berkaitan dengan trauma kegigian untuk memastikan kemajuan pengurusan kes-kes trauma kegigian.
AKTIVITI-AKTIVITI JABATAN
1. Pusat latihan bagi pegawai pergigian baru (NDOP), Pakar Pergigian Pediatrik dalam pewartaan, Pelajar Pasca Siswazah dan pelajar-pelajar dari universiti.
2. Mengadakan CME peringkat jabatan pada setiap minggu.
3. Mengadakan Combine Clinic dengan pakar pergigian lain.
4. Mengadakan Combine Clinic dengan pembedahan plastik .
PENCAPAIAN JABATAN
1. Innovasi : Teknikal - Baby Trolley => Clinical Audit: The radiographic investigation in management of the impacted maxillary anterior tooth => Mendapat tempat ketiga poster presentation di MAPD Scientific Meeting & Annual General Meeting 2017
2.Tempat Kedua – Pertandingan Klinikal Audit Peringkat Hospital pada tahun 2018
3.Prevalance, characteristic features and complications associated with the occurrence of unerupted permanent incisors - Tempat Ketiga : Mendapat tempat ketiga oral presentation di 11th Biennial Scientific Symposium 2018
4.Tempat Kedua – Pertandingan Klinikal Audit Peringkat Hospital pada tahun 2019
5.Inovasi : Teknikal - Baby Trolley – Mendapat tempat kedua di Konvensyen Kualiti Zon Kedah Utara pada tahun 2019
6.Inovasi : Teknikal - Baby Trolley – Memasuki peringkat akhir di Anugerah Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2020