Dasar Kualiti
Hospital Sultanah Bahiyah adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Untuk mencapai matlamat ini, penekanan diberi kepada aspek latihan, perkhidmatan perawatan yang cekap, berkesan, kajian semula dan pelaksanaan aktiviti penambahbaikan kualiti secara berterusan yang memenuhi keperluan dan objektif organisasi.
Polisi Kualiti
Bagi memastikan matlamat ini tercapai, saya sebagai anggota Hospital Sultanah Bahiyah komited untuk :-
1. Memberi perkhidmatan secara profesional dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
2. Sentiasa meningkatkan mutu kerja bagi menjamin ketinggian kualiti perkhidmatan.
3. Mengutamakan kepuasan dan keselamatan pelanggan yang majoriti terdiri daripada pesakit dan keluarga pesakit.