Forensik
VISI
Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, merangkumi: perkhidmatan siasatan medico-legal yang professional, adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dengan berlandaskan kepada peruntukan-peruntukan yang ada di dalam undang-undang Negara; dan perkhidmatan pengurusan mayat yang cekap, cepat dan amanah.
MISI
Melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan kepada peruntukan-peruntukan yang ada di dalam Undang-undang Negara Malaysia, dan kepada ciri-ciri budaya koperat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
OBJEKTIF
Matlamat utama Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah adalah untuk memberi perkhidmatan pengurusan mayat yang cekap dan meningkatkan mutu perkhidmatan forensik di hospital-hospital negeri Kedah dan Perlis. Pendekatan-pendekatan yang berikut diambil untuk mencapai matlamat tersebut :
- Penekanan khusus diberi kepada pengguna protokol-protokol perkhidmatan forensik yang seragam oleh hospital-hospital negeri Kedah dan Perlis.
- Memastikan setiap kakitangan yang terlibat di dalam perkhidmatan forensik mempunyai tahap pengetahuan dan kebolehan teknikal forensik yang baik.
- Memastikan semua siasatan mediko-legal dijalankan dalam suasana yang selamat dan serba lengkap.
- Menyediakan perkhidmatan pengurusan mayat yang menumpukan kepuasan waris.
PIAGAM PELANGGAN
- Semua pelanggan akan dilayan secara professional dengan jujur, mesra, hormat dan bertimbangrasa.
- Semua pelanggan akan dimaklumkan mengenai prosedur kerja yang telah ditetapkan.
- Semua pemeriksaan postmortem mediko-legal hendaklah dimulakan tidak lewat daripada 24 jam setelah arahan postmortem diterima daripada pihak polis.
- Semua kes BID (selepas waktu pejabat) akan dimasukkan kedalam mortuary tidak lebih 45 minit selepas menerima panggilan.
- Mayat bagi kes bukan Mediko Legal / Biohazard akan diserahkan dalam masa tidak lebih satu jam.
FUNGSI DAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
- Penerimaan/Penyimpanan Mayat dari Unit/Wad dalam Hospital
- Penerimaan/Penyimpanan Mayat yang Dibawa Mati dari Luar Hospital (brought in dead)
- Penyerahan Mayat kepada Waris
- Penyerahan Mayat yang Tidak dituntut Meninggal di dalam Hospital
- Pengendalian Anggota Badan
- Pengendalian Mayat Berisiko Tinggi (high risk body)
- Pengendalian Post Mortem Kes Medico Legal dan Kes Klinikal
- Postmortem untuk kes-kes reput dan kes-kes penyakit berjangkit
- Pengendalian Spesimen Postmortem
- Pemindahan Mayat ke/dari Hospital Lain Untuk Simpanan Sementara
- Penyerahan Mayat untuk Dihantar Keluar Negara (exporting body)
- Pendermaan Organ (Tissue Procurement) untuk kes fresh BID
- Penerimaan Mayat/Anggota Badan dari Hospital Satelit.