Kerja Sosial
PENGENALAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal di bawah Bahagian “Allied Health Professional”, Kementerian Kesihatan Malaysia. Di hospital ini, Jabatan Kerja Sosial Perubatan mula beroperasi sejak 16.12.1991 untuk memberi perkhidmatan sosial kepada pesakit dengan tujuan meningkatkan kefungsian sosial pesakit dan membantu mereka menangani masalah psiko-sosial serta emosi yang mengganggu kesihatan mereka. Jabatan ini mengendalikan kes-kes seperti penderaan kanak-kanak, ibu tanpa nikah, perkosaan, keganasan rumahtangga, kes orang kurang upaya, penjagaan warga tua, bantuan kewangan dan peralatan. Jabatan ini bekerjasama secara berpasukan dengan para pasukan rawatan perubatan yang lain dan seterusnya menyumbang kepada comprehensive total patient care. Ini adalah selaras dengan definisi Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) di mana kesihatan bukanlah suatu keadaan ketiadaan penyakit, sebaliknya merupakan kesejahteraan mental, fizikal dan sosial seseorang dan di dalam masyarakat. Jabatan ini terletak bersebelahan Pusat Pendidikan Lanjutan di Aras Satu, Blok Sokongan Perubatan, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
VISI
Jabatan Kerja Sosial Perubatan akan menjadi pusat rawatan psiko-sosial yang mampu memantapkan jiwa pesakit agar lebih berkeyakinan terhadap kewibawaan dan keupayaan diri supaya dapat kembali berfungsi dalam masyarakat.
MISI
Untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pesakit dan mambantu mengembalikan kefungsian sosial mereka.
PIAGAM PELANGGAN
- 85 % daripada rujukan pesakit dalam akan ditemui dalam masa 3 hari bekerja
- Surat/Laporan yang diperlukan untuk rawatan lanjut di Pusat Rawatan luar akan disediakan dalam masa 3 hari bekerja sebelum tarikh temujanji rawatan.
- Surat/Laporan untuk permohonan bantuan ke agensi pemberi bantuan luar akan disediakan dalam masa7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
OBJEKTIF
Memastikani perkhidmatan psiko-sosial diberi kepada pesakit dalam proses rawatan dan pemulihan,agar pesakit mendapat faedah maksima daripada rawatan perubatan.
Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit dan kecederaannya
FUNGSI
Memberi maklumat dan penerangan perkhidmatan atau kemudahan-kemudahan sosial yang disediakan dalam masyarakat
Memberi maklumat dan membuat rujukan ke sumber-sumber komuniti dan agensi
Membuat penilaian sosial, psiko-sosial dan ekonomi bagi mendapat kefahaman yang menyeluruh tentang masalah yang dihadapi oleh pesakit
Memberi sokongan emosi serta moral kepada pesakit akibat ketidakupayaan yang disebabkan oleh penyakit
Membantu pesakit memahami penyakit dan rawatan yang diterima
Melaporkan kepada pasukan perubatan tentang keadaan/masalah yang dihadapi oleh pesakit
Membuat perancangan secara berpasukan dengan para perubatan dalam rawatan dan pemulihan pesakit
Menjadi perantaraan (Liaison Officer) di antara pihak hospital dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO)
Membantu pesakit mengenaipasti permasalahan yang dihadapi
Menggunakan kemudahan-kemudahan dan sumber-sumber yang sedia ada serta mengenalpasti sumber-sumber dalam komuniti untuk membantu pesakit
AKTIVITI-AKTIVITI
Bantuan Praktikal
o Kewangan
o Alat Perubatan/Prothesis
o Penilaian Sosio-Ekonomi
o Kos Rawatan
o Perancangan keluar wad
o Penempatan di institusi kebajikan kerajaan & NGO
o Networking dengan agensi-agensi pemberi bantuan dan rujukan
Terapi Sokongan
o Rundingan
o Kaunseling individu/keluarga
o Khidmat Nasihat/Bimbingan
o Sokongan emosi dan motivasi
o Intervensi krisis
o Modifikasi tingkahlaku
Pendidikan dan Pengajaran
o Ceramah berkaitan masalah sosial kepada staf/IPTA/Komuniti
o Latihan Praktikum Pelajar Universiti 1st Degree dan Master Programme
Penyelidikan dan Pembangunan
o Penyelidikan kes yang berpunca dari masalah sosial dan kemiskinan
Tugas-tugas Spesifik
o Perkhidmatan sukarela hospital
o Projek pembangunan dana iaitu Projek Intraocular Lens (IOL) bagi menjana dana sebagai sumber petty cash
o Penyertaan dalam projek komuniti Gos dan Ngos yang membawa manfaat kepada pesakit
Klasifikasi Kes Rujukan
o Penderaan Kanak-kanak
o Mangsa perkosaan
o Kes Terbiar/terdampar (bayi/kanak-kanak/warga mas)
o Keganasan Rumahtangga
o Kes HIV/ AIDS
o Ibu tanpa Nikah
o Permasalahan tingkahlaku
o Kes Kemiskinan yang berkaitan dengan penyakit (cth. malnutrition dll)
o Kes Kecacatan Anggota & Mental
o Kes Penjagaan Warga Mas
o Masalah Discaj/tiada sokongan keluarga
o Keperluan peralatan perubatan/tiruan dan pemulihan
o Penempatan Institusi