Unit Pendidikan Kesihatan
PENGENALAN
Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) menyediakan perkhidmatan pendidikan dan promosi kesihatan bagi menggalakkan tingkahlaku sihat dalam kalangan pesakit, orang awam dan kakitangan hospital. Unit ini ditubuhkan pada 1 November 1999 di Hospital Alor Setar dan pada 27 Julai 2007, Unit ini telah berpindah ke Hospital Sultanah Bahiyah. Pejabat utama Unit ini berada di Aras 2, Blok Sokongan Perubatan Hospital dengan penempatan seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan S44 yang bertanggungjawab selaku Ketua Unit dan dibantu oleh seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan S41. Selain itu, terdapat seorang pereka Grafik B22 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U14 yang membantu melancarkan perjalanan aktiviti Pendidikan Kesihatan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan ini dijalankan melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut :
- Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
- Program Pendidikan Pesakit
- Kempen Cara Hidup Sihat
- Sambutan Hari-hari Khas Kesihatan
- Program Pengurusan Berat Badan
- Pameran Kesihatan
- Peminjaman kelengkapan pameran
- Menerbit dan mengedarkan bahan-bahan pendidikan
- Menguruskan tayangan Medik TV
- Rakaman gambar, video dan multimedia
- Latihan/bengkel