Kardiologi
PENGENALAN
Jabatan Kardiologi Hospital Sultanah Bahiyah telah beroperasi secara rasmi bermula pada bulan Januari 2008. Sebelum penubuhannya, semua perkhidmatan bagi rawatan penyakit jantung adalah dibawah kelolaan Jabatan Perubatan. Menerusi penubuhan Jabatan Kardiologi di hospital ini, perkhidmatan rawatan jantung dapat diberikan dengan lebih efisyen dan berkesan. Ini dibantu dengan wujudnya kemudahan-kemudahan peralatan dan teknologi yang canggih bagi membantu merawat pesakit-pesakit jantung di seluruh negeri Kedah dan negeri Perlis.
Visi Jabatan
Jabatan Kardiologi Hospital Sultanah Bahiyah menjadi sebagai Pusat Kecemerlangan Rawatan Jantung Wilayah Utara Semenanjung yang memberi perkhidmatan berkualiti tinggi dan mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan tentang penyakit berkaitan jantung.
Misi Jabatan
Menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Rawatan Jantung, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam aspek perawatan, penyelidikan, latihan dan promosi kesihatan jantung kepada masyarakat sealiran dengan moto KKM , memberikan perkhidmatan yang profesional, berkualiti, bersifat penyayang , efisyen dan berteknologi terkini.
Objektif Jabatan
Memberi perkhidmatan berkualiti kepada semua pesakit jantung dalam aspek berikut:
1. Menentukan diagnosa penyakit jantung di peringkat awal.
2. Memberi rawatan yang sewajarnya kepada semua pesakit.
3. Mengurangkan komplikasi penyakit jantung.
4. Memberi pendidikan kesihatan dan pemulihan jantung kepada pesakit.
Piagam Pelanggan
1. 90% pesakit akan diperiksa oleh doktor dalam masa 90 minit.
2. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
3. Semua kes baru akan diperiksa oleh pakar atau pegawai perubatan. Bagi kes yang melibatkan ibu mengandung, ia perlu mendapat konsultasi atau rujukan kepada pakar.
4. Setiap pesakit akan dihormati dan dilayan dengan baik, jujur dan ikhlas dalam suasana yang penuh kemesraan dan muhibbah.
5. Setiap pesakit akan diberi jaminan bahawa kehormatan akan terpelihara semasa menerima rawatan.
6. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.
Kewajipan Pelanggan
1. Menepati temujanji yang telah ditetapkan.
2. Memberitahu maklumat dan masalah anda dengan tepat, benar, jujur dan lengkap.
3. Mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
AKTIVITI UTAMA YANG DISEDIAKAN
Aktiviti utama yang disediakan oleh Jabatan Kardiologi termasuk :
- Rawatan pesakit dalam
- Rawatan pesakit luar
- Diagnostik prosedur dalam makmal non invasif kardiologi (NICL)
- Diagnostik prosedur dalam makmal invasif kardiologi (ICL)
- Therapeutik prosedur dalam makmal invasif kardiologi (ICL)
- Program rehabilitasi jantung
Skop Perkhidmatan Yang Di jalankan Di Makmal Non Invasif Kardiologi. (NICL)
- Electrocardiography (ECG)
- Exercise Stress Test (EST)
- Holter Monitoring 24 jam
- Transtorasic Echocardiography
- Transoesophageal Echocardiography
- Pharmachological Echocardiography
- Pemeriksaan Alat Perentak Jantung
- Pemeriksaan Darah
Skop Perkhidmatan Yang Di jalankan Di Makmal Invasif Kardiologi. (ICL)
a. Prosedur diagnostik dalam Makmal Invasif kardiologi (ICL)
- Coronary Angiogram
- Electrophysiology Study
- Right Heart Study
- Peripheral Angiogram
- Renal Angiogram
- Carotid Angiogram
- Graft Study
- Cardiac biopsy
- Cardiac Rythm Loop Recorder Implant
b. Prosedur teraputik dalam Makmal Invasif Kardiologi (ICL)
- Coronary Angioplasty
- Radiofrequency Abblation 2D & 3D
- Atrial & Ventrical Septal Defect Closure
- Patent Ductus Arteriosus (PDA) Closure
- Permanent Pacemaker Insertion
- Cardiac Resynchronization Therapy Defibrillator (CRTD) Insertion
- Cardiac Resynchronization Therapy Pacing (CRTP) insertion
- Automated Implantable Cardioverter Defibrillator (AICD)
- Leadless Pacemaker Insertion
- Left Atrial Appendage Occluder
- Cryo Ablation
Septal Ablation