Kawalan Infeksi
PENGENALAN
Unit Kawalan Infeksi ini diketuai oleh Pakar Patologi (Mikrobiologi) , 2 orang Pegawai Perubatan, 2 orang Ketua Jururawat dan 7 orang Jururawat Terlatih (1 kosong) .
8 orang dari 9 orang jururawat di Unit Kawalan Infeksi telah mengikuti pos basik kawalan infeksi. Unit ini berperanan dalam memastikan perancangan program kawalan infeksi yang berkesan, menyelaras perlaksanaannya dan menilai keberkesanan langkah-langkah yang diambil di Hospital Sultanah Bahiyah.
Unit ini juga menjadi rujukan dalam kawalan infeksi kepada hospital-hospital lain di seluruh Negeri Kedah dan membantu dalam perancangan aktiviti kawalan infeksi peringkat Negeri Kedah.
VISI
Perkhidmatan berkualiti, selamat dan bebas dari HCAI.
MISI
Mencegah dan mengawal HCAI dengan melaksanakan program kawalan infeksi melalui kerja berpasukan
bagi mewujudkan persekitaran yang selamat kepada pelanggan dalaman dan luaran.
OBJEKTIF
- Mencegah dan mengawal jangkitan melalui pemantauan dan audit.
- Memastikan setiap anggota hospital mengamalkan prosedur perawatan mengikut prosedur kawalan infeksi.
- Meningkatkan kesedaran melalui pendidikan kesihatan dan latihan secara berterusan
OBJEKTIF KUALITI
- Kadar HCAI < dari 5%
- Kadar MRSA < 0.3%
- Latihan anggota baru 100%
AKTIVITI UTAMA YANG DISEDIAKAN
- a)Pemantauan “Health care associated infection” (HCAI) dan alert organism
- b)Pemantauan alert organism (MRSA, ESBL & MRO Acinetobacter sp.)
- c)Pemantauan sharps injury
- d)Melakukan audit Hand hygiene
- e)Memantau penggunaan dan pola kerintanan anhtibiotik
- f)Melakukan pemantauan di wad dan unit
- g)Memberi pendidikan kesihatan/latihan berterusan
- h)Melakukan antibiotik round di ICU dan HDW oleh Pakar Patologi (Mikrobiologi), Pakar Anaestesiologi,
Pakar Perubatan dan Pegawai Farmasi dan Jururawat Kawalan Infeksi.
- i)Menyediakan polisi dan garis panduan yang berkaitan dengan kawalan infeksi